Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD)
Seksyen Perkhidmatan Pesakit Luar atau dikenali sebagai “Out Patient Department” (OPD) adalah unit penting dalam menjamin kelancaran proses penerimaan rawatan di PKU UTMKL.
Fungsi Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD)
Unit ini berfungsi untuk memberi rawatan kesihatan primer yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar bersama-sama staf sokongan yang terlatih bagi memastikan tahap kesihatan dan keperluan perubatan pelanggan sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Pesakit Luar
Fokus utama unit Pesakit Luar PKU UTMKL adalah menyokong objektif penubuhan PKU dengan menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Primer yang bersifat komprehensif dan mudah diakses oleh pelajar UTM, warga UTM, staf, tanggungan, pesara UTM, keluarga pesara, komuniti dan agensi sekitar.
- Penilaian, diagnosis dan rawatan penyakit akut, penyakit tidak berjangkit, trauma dan kecederaan ringan.
- Saringan, diagnosis dan rawatan susulan penyakit-penyakit kronik.
Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan merangkumi pengurusan pemeriksaan kesihatan elektif bagi pelajar baharu, pelajar tempatan dan antarabangsa, staf melapor diri di UTM serta staf yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan.
- PEME: Pre Enrolment Medical Examination (Student)
- PEME: Pre Enrolment Medical Examination (Staff)
- Persediaan murid ke asrama
- Wataniah
- Pembaharuan Lesen PSV / GDL
- Keperluan agensi lain
Perkhidmatan Cucian Luka / Modern Wound Care
Penjagaan dan perawatan luka adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di PKU UTMKL dengan menggunakan kaedah penjagaan dan perawatan luka secara moden. Kaedah ini membantu meningkatkan kualiti penjagaan luka dan proses penyembuhan pesakit.
Teknikal Perubatan
Teknikal Perubatan memainkan peranan dalam menyelenggara, membaik pulih dan melakukan penuntukuran ke atas peralatan perubatan agar sentiasa berfungsi, berada di dalam keadaan terbaik dan sedia guna.
