Perkhidmatan Kesihatan Awam

Perkhidmatan Kesihatan Awam ditubuhkan untuk mencegah atau mengawal penyakit bawaan vektor, penyakit berjangkit dan penyakit bawaan makanan di dalam kampus, termasuk pemantauan kebersihan premis makanan serta promosi-promosi kesihatan.

Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Awam

Perkhidmatan ini memberi fokus kepada pencegahan, pemantauan dan kawalan risiko kesihatan komuniti kampus UTM KL melalui aktiviti promosi kesihatan, kawalan penyakit berjangkit serta pemantauan kebersihan premis makanan.

01

Promosi Kesihatan dan Pemantauan Penyakit

Pengendalian semua Promosi Kesihatan, Program Imunisasi serta pemantauan terhadap pesakit yang dirujuk ke hospital dan lawatan sosial jika perlu, serta memperkasa kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti kampus.

Mengenalpasti faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui:

  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pengukuran BMI
  • Analisis lemak dalam badan
  • Pemeriksaan tahap gula dalam darah, bergantung kepada keadaan semasa

Menggalakkan gaya hidup sihat melalui:

  • Poster berkaitan penyakit NCD
  • Senaman sihat, Aerodance
Memberi khidmat nasihat perubatan yang ringkas melalui konsultasi setiap kali program atau aktiviti dijalankan.
02

Kawalan Penyakit Berjangkit

Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang berlaku di dalam kampus seperti demam denggi, penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD), influenza-like illness serta penyakit bawaan makanan dan air.

Perkhidmatan ini juga merangkumi pelaksanaan pemantauan kebersihan premis makanan yang beroperasi di dalam kampus UTM.

Aktiviti pencegahan meliputi:

  • Aktiviti pencarian dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Menyelia dan merancang aktiviti fogging sebelum aktiviti besar di dalam kampus
  • Penasihatan dan pemantauan kebersihan pusat jagaan kanak-kanak di dalam kampus
03

Pemantauan Premis Makanan

Pemantauan kebersihan premis makanan di dalam kampus melibatkan premis yang berdaftar dengan Bendahari, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JKK Keselamatan dan Kebersihan Makanan UTM.

Objektif pemeriksaan premis makanan oleh PKU:

  • Memastikan tahap kebersihan premis makanan berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin berpandukan garis panduan serta kriteria yang ditetapkan.
  • Menyalurkan pendidikan kesihatan kepada pengusaha premis dan pengendali makanan.

Matlamat Perkhidmatan

Semua aktiviti yang dijalankan bertujuan mengurangkan risiko penyakit berjangkit serta mengelakkan penyakit bawaan makanan dalam kalangan warga kampus UTM KL.

UTM Open Day