Perkhidmatan Makmal & Diagnostik
Perkhidmatan Makmal & Diagnostik ditubuhkan bagi melaksanakan pemeriksaan diagnostik seperti yang diarahkan oleh Pengamal Perubatan bagi membantu proses diagnosis penyakit dengan menggunakan peralatan, mesin dan teknik yang selari dengan teknologi terkini.
Fungsi Perkhidmatan Makmal & Diagnostik
Perkhidmatan ini diteraju oleh seksyen makmal klinikal. Seksyen Makmal akan melaksanakan ujikaji seperti yang dipohon oleh Pengamal Perubatan melalui sistem TISMA terhadap pesakit yang dirawat. Unit ini akan memastikan semua ujikaji makmal yang dilaksanakan di PKU UTM KL dapat dilaporkan dengan pantas mengikut jenis ujian yang dijalankan.
Pelaporan Pantas
Keputusan ujian diurus dan dilaporkan mengikut tempoh yang bersesuaian berdasarkan jenis ujian yang dijalankan.
Perkhidmatan Makmal Mobile
Perkhidmatan ini turut diluaskan secara mobile dan memenuhi permintaan penganjuran luar bagi perkhidmatan ujian darah secara mobile.
Antara Ujian Yang Dijalankan
Ujikaji Biokimia
- Lipid profile*
- Liver Function Test
- Renal Profile
- Glucose (Random & Fasting)*
- Electrolyte
- Rheumatoid factor
- Thyroid Function Test
- Cancer Markers
Ujikaji Hematologi
- Full Blood Count
- G6PD screening**
- Bleeding Time / Clotting Time - INR
Ujikaji Air Kencing / Urin
- Urine Microalbumin
- Urine Screening
- Urine Microscopic
- Urine Drug Test
- Urine Pregnancy Test
Ujikaji Kit Pantas / Rapid Test
- Malaria
- VDRL (syphilis)
- HIV screening
- Jenis Kumpulan Darah
- Dengue Combo Test
- Hepatitis B Antigen & Antibody
- Hepatitis C
- HbA1c
Nota Penting
Ujikaji yang memerlukan berpuasa selama 8 jam sebelum sampel diambil.
Ujian saringan status G6PD sebelum pengambilan ubat anti malaria perlu dijalankan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengambilan ubat tersebut.
Perkhidmatan Radiologi (Panel)
Hospital Pusrawi Kuala Lumpur merupakan panel bagi perkhidmatan radiologi yang dilantik untuk melaksanakan ujian pengimejan seperti yang dipohon oleh Pengamal Perubatan terhadap pesakit yang dirawat.
Unit ini akan memastikan pengambilan, konsultasi dan penyerahan pengimejan yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
