Klinik Pesakit Kronik (KPK)

Klinik Pesakit Kronik (KPK) menyediakan pemantauan berterusan bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik, termasuk pengurusan data ubatan dan sesi pendidikan kesihatan yang berfokus.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan ini merangkumi pengemaskinian data ubatan pesakit kronik secara konsisten bagi membantu proses pemantauan, pengendalian dan pembelian ubat kronik.

KPK juga menyediakan sesi pendidikan, pembelajaran dan kaunseling yang khusus dan berfokus untuk pesakit yang mengambil insulin kali pertama serta kes-kes susulan.

01

Pemantauan Pesakit Kronik

Menyokong pemantauan berterusan melalui pengemaskinian data ubatan pesakit secara konsisten dan sistematik.

02

Pendidikan & Kaunseling Kesihatan

Menyediakan sesi pendidikan, pembelajaran dan kaunseling berfokus untuk pesakit, termasuk pesakit yang mengambil insulin kali pertama.

03

Semakan Rawatan Susulan

Aktif dalam keterlibatan program pengendalian pesakit kronik, khususnya bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan pesakit Diabetes.

Senarai Penyakit Kronik

Darah tinggi (Hypertension)
Kolesterol tinggi (Hypercholesterolemia / Dyslipidemia)
Kencing manis (Diabetes Mellitus)
Sakit jantung (Ischemic Heart Disease)
Angin ahmar (Stroke / Cerebrovascular Accident)
Kanser
Penyakit pernafasan kronik (Asthma / Chronic Respiratory Disease)
Gout
Penyakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease / ESRF)
Lain-lain (Penyakit yang disahkan kronik oleh Pegawai Perubatan)

Komitmen PKU UTM KL

Menyokong pengurusan penyakit kronik secara berterusan melalui pemantauan, pendidikan kesihatan dan susulan yang sistematik.

UTM Open Day