Peralatan & Peti Pertolongan Cemas

Perkhidmatan ini merangkumi pengurusan pinjaman peralatan dan pembekalan peti pertolongan cemas untuk kegunaan warga kampus serta penganjuran aktiviti.

01

Pinjaman Peralatan

Perkhidmatan pinjaman adalah melibatkan beberapa peralatan sokongan asas untuk membantu keperluan pergerakan pelanggan.

Peralatan Yang Disediakan

  • Tongkat Siku (Elbow Crutch)
  • Tongkat Ketiak (Armpits Crutch)
  • Kerusi Roda (Wheelchair)

Tatacara Peminjaman

  1. Wajib mengisi Borang Pinjaman Peralatan PKU UTM KL.
  2. Bayaran deposit sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Deposit akan dikembalikan setelah peralatan dipulangkan dalam keadaan baik ke PKU UTM KL.
  3. Kelulusan pinjaman tertakluk kepada stok dalam simpanan dan budi bicara pegawai bertanggungjawab.
02

Peti Pertolongan Cemas

PKU UTM KL turut menyediakan perkhidmatan membekalkan peti pertolongan cemas kepada pelajar, jabatan dan orang awam.

Terhad kepada ubat-ubatan asas dan bahan guna habis sahaja.

Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum aktiviti dilaksanakan.

Aktiviti Yang Disarankan Memerlukan Peti Pertolongan Cemas

  • Aktiviti indoor / outdoor, bergantung jenis aktiviti yang dijalankan
  • Lokasi berisiko tinggi
  • Jabatan, tidak digalakkan meletakkan ubatan jenis makan atau minum bagi mengelakkan tarikh luput

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan berkaitan pinjaman peralatan atau permohonan peti pertolongan cemas, sila hubungi PKU UTM KL.

UTM Open Day