Perkhidmatan

Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD)

Seksyen Perkhidmatan Pesakit Luar atau dikenali sebagai “Out Patient Department” (OPD) adalah satu unit yang sangat penting dalam menjamin kelancaran proses penerimaan rawatan di PKU UTMKL. Unit ini berfungsi untuk memberi rawatan kesihatan primer yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar bersama-sama staf sokongan yang terlatih bagi memastikan tahap kesihatan dan keperluan perubatan pelanggan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

1) Pesakit Luar

Fokus utama unit Pesakit Luar PKU UTMKL adalah menyokong objektif penubuhan PKU dengan menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Primer yang bersifat komprehensif dan mudah diakses oleh pelajar UTM sebagai pemegang taruh utama Universiti termasuk warga UTM yang terdiri daripada pelajar, staf dan tanggungan. Selain itu perkhidmatan ini turut dipanjangkan kepada pesara UTM, keluarga pesara serta komuniti dan agensi sekitar.

  • Penilaian, diagnosis dan rawatan penyakit akut, penyakit tidak berjangkit, trauma dan kecederaan ringan
  • Saringan, diagnosis dan rawatan susulan penyakit-penyakit kronik

2) Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan merangkumi pengurusan pemeriksaan kesihatan elektif bagi pelajar baharu (pelajar tempatan dan antarabangsa), staf melapor diri di UTM serta staf yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan.

  • PEME: Pre Enrolment Medical Examination (Student)
  • PEME: Pre Enrolment Medical Examination (Staff)
  • Persediaan murid ke asrama
  • Wataniah
  • Pembaharuan Lesen (PSV / GDL)
  • Dll (Keperluan Agensi)

3) Perkhidmatan Cucian Luka / Modern Wound Care

Penjagaan dan perawatan luka adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di PKU UTMKL dengan menggunakan kaedah penjagaan dan perawatan luka secara moden dan ia terbukti dapat meningkatkan kualiti penjagaan luka.

Cucian luka dengan menggunakan bahan penggalak penyembuhan luka untuk meningkatkan proses penyembuhan dan memberikan kepuasan kepada pesakit termasuk keluarga yang menjaga pesakit.

4) Teknikal Perubatan

Teknikal Perubatan memainkan peranan dalam menyelenggara, membaik pulih dan melakukan penuntukuran ke atas peralatan perubatan agar sentiasa berfungsi, berada di dalam keadaan terbaik dan sedia guna.

Komitmen PKU UTMKL: PKU UTMKL beriltizam untuk memberikan khidmat pelanggan dan rawatan kesihatan yang komprehensif kepada warga kampus. Pasukan penyedia khidmat kesihatan menjadi keutamaan kami dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan.
UTM Open Day