Peralatan & Peti Pertolongan Cemas
Perkhidmatan ini merangkumi pengurusan pinjaman peralatan dan pembekalan peti pertolongan cemas untuk kegunaan warga kampus serta penganjuran aktiviti.
Pinjaman Peralatan
Perkhidmatan pinjaman adalah melibatkan peralatan seperti berikut:
- Tongkat Siku (Elbow Crutch)
- Tongkat Ketiak (Armpits Crutch)
- Kerusi Roda (Wheelchair)
Tatacara Peminjaman
- Wajib mengisi Borang Pinjaman Peralatan PKU UTM KL.
- Bayaran deposit sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Deposit akan dikembalikan setelah peralatan dipulangkan dalam keadaan baik ke PKU UTM KL.
- Kelulusan pinjaman tertakluk kepada stok dalam simpanan dan budi bicara pegawai bertanggungjawab.
Peti Pertolongan Cemas
PKU UTM KL turut menyediakan perkhidmatan membekalkan peti pertolongan cemas (terhad kepada ubat-ubatan asas dan bahan guna habis sahaja) kepada pelajar/jabatan/orang awam.
- Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum aktiviti dilaksanakan.
-
Aktiviti yang disarankan memerlukan peti pertolongan cemas:
- Aktiviti indoor/outdoor (bergantung jenis aktiviti yang dijalankan)
- Lokasi berisiko tinggi
- Jabatan (tidak digalakkan meletakkan ubatan jenis makan/minum bagi mengelakkan tarikh luput)
Maklumat lanjut: 03-2615 4905
