Perkhidmatan Kecemasan

Perkhidmatan Kecemasan di Pusat Kesihatan Universiti sentiasa bersedia 24 jam untuk menerima kes kecemasan di dalam kawasan UTM, terutama kepada pelajar yang menginap di Kolej Kediaman dan staf yang berada di kawasan kampus.

24 Jam
Keutamaan Kes mengikut gejala & keadaan pesakit

Operasi & Pasukan Bertugas

Perkhidmatan yang bersifat dinamik ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Pembantu Perubatan Kesihatan dan Pemandu Ambulans.

Perkhidmatan Kecemasan ini terbahagi kepada 3 fungsi utama bagi membantu melancarkan khidmat yang disediakan.

1) Rawatan & Sucihama

Bertanggungjawab menyediakan peralatan/instrumen steril serta bekalan mencukupi untuk kegunaan Bilik Rawatan bagi menjalankan prosedur terhadap pesakit.

  • Kemudahan penjagaan peralatan/instrumen untuk kegunaan harian
  • Kemudahan penyimpanan untuk produk yang disterilkan
  • Bekalan barangan/bahan steril setiap hari
  • Perkhidmatan pertukaran instrumen yang digunakan

2) Perkhidmatan Kecemasan

Pasukan petugas terlatih sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebagai first responder kepada warga kampus UTM KL untuk memberi rawatan awal yang bersesuaian.

Sekiranya pesakit memerlukan rawatan dan perhatian lanjut oleh Pakar Perubatan, pesakit akan dirujuk ke hospital yang berdekatan.

3) Keutamaan Kes Kecemasan

Antara contoh kes kecemasan yang diberikan keutamaan:

  • Demam panas melebihi 39°C
  • Tidak sedarkan diri / pengsan
  • Kesukaran pernafasan
  • Sakit dada yang teruk
  • Sakit abdomen yang teruk
  • Lemas
  • Tercekik
  • Sawan
  • Kecederaan / pendarahan yang teruk
  • Mangsa kemalangan jalan raya
  • Kebakaran / melecur yang teruk
  • Keracunan / pengambilan ubat atau dadah berlebihan
  • Patah tulang
  • Gigitan haiwan berbisa
  • Reaksi alahan yang teruk
  • Kecederaan pada mata / hilang penglihatan
Nota: Selain daripada kes di atas bukan dikategorikan sebagai kes kecemasan.

Komitmen PKU UTM KL

PKU UTM KL komited memastikan respons kecemasan yang teratur, pantas dan selamat demi kebajikan warga kampus.

UTM Open Day