Falsafah Perkhidmatan

Perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti adalah bersifat holistik dan berteraskan strategi “S.I.H.A.T” – Sihat, Ilmu, Hasil, Agama, dan Terkenal.

S

Sihat

Sihat dan menyihatkan: Semua aktiviti PKU berlandaskan pencegahan penyakit, promosi kesihatan dan rawatan pesakit yang menyeluruh.

I

Ilmu

Pandai dan memandaikan (mendidik): Sebagai unit universiti, PKU-UTM berkolaborasi dalam aktiviti berasaskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan; serta meneroka pendekatan baharu yang inovatif.

H

Hasil

Berjimat malah menguntungkan: Setiap tindakan mengambil kira penjanaan pendapatan, penjimatan perbelanjaan dan cost-benefit.

A

Agama

Akidah, etika dan integriti: Memastikan pelaksanaan tidak bercanggah; memupuk kefahaman akidah, pematuhan etika dan integriti yang tinggi.

T

Terkenal

Terkenal dan diteladani: Sentiasa teratas di kalangan PKU IPT, menerajui aspek pengurusan & perkhidmatan. Staf memiliki iltizam tinggi, menjadi contoh dan rujukan.

Komitmen Perkhidmatan

  • Mesra, selamat, pantas dan berfakta pada setiap sentuhan pesakit.
  • Komunikasi jelas & empati; fokus kepada pengalaman pesakit.
  • Amalan berterusan: audit klinikal, latihan, dan penambahbaikan proses.
  • Kerjasama rentas fakulti, kolej kediaman dan agensi kesihatan.
UTM Open Day