Perkhidmatan Farmasi
Seksyen Farmasi beriltizam untuk memastikan pelanggan mendapat bekalan ubatan yang betul selari dengan preskripsi yang telah diberikan oleh Pegawai Perubatan.
Fungsi Perkhidmatan Farmasi
Seksyen ini disokong oleh fungsi-fungsi berikut:
Dispensari
Pengeluaran ubat kepada pelanggan berdasarkan preskripsi serta semakan maklumat ubat bagi memastikan penggunaan yang selamat dan tepat.
Pemantauan Ubat Pesakit Kronik
Pemantauan berterusan terhadap bekalan dan keperluan ubat pesakit kronik bagi menyokong rawatan susulan yang konsisten.
Stor Ubat dan Bekalan
Pengurusan stok ubat dan bekalan rawatan termasuk penerimaan, perekodan, penyimpanan, pengeluaran dan kawalan kualiti stok.
Ubat Melalui Pos (UMP)
Kemudahan penghantaran ubat terpilih melalui pos bagi memudahkan pelanggan (tertakluk kepada kesesuaian dan ketetapan semasa).
Klinik Laluan Pantas (KLP)
Laluan perkhidmatan yang lebih pantas untuk urusan tertentu bagi melancarkan aliran pelanggan dan mengurangkan masa menunggu.
Pengurusan Stor Ubat dan Bekalan
Pengurusan Stor Ubat dan Bekalan adalah melibatkan mengendalikan penyimpanan ubat dan bekalan rawatan di PKU yang meliputi penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pelupusan, pengendalian dan pengeluaran stok bekalan.
Seksyen ini sentiasa memastikan stok ubatan dan bekalan rawatan yang berkualiti tersedia untuk memenuhi keperluan dan permintaan warga kampus.
