بسم الله الرحمن الرحيم
Pusat Kesihatan UTM telah wujud dan membangun seiring dengan penubuhan dan perkembangan institusi pengajian tinggi UTM. Fungsi PKU adalah untuk mengendalikan perkhidmatan berkaitan promosi kesihatan, pencegahan dan kawalan penyakit serta rawatan pesakit bagi menjamin kesejahteraan masyarakat kampus, supaya mereka dapat menjalankan ativiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Beban peranan PKU semakin bertambah dengan perubahan sekitaran serta polisi pendidikan Universiti dan Negara. Peningkatan tahap pendidikan dari diploma dan ijazah kepada sarjana dan doktor falsafah telah mempengaruhi masalah kesihatan dikalangan umur yang berbeza. Membuka pendidikan Malaysia kepada antarabangsa juga telah mempengaruhi penjagaan kesihatan yang lebih global.
PKU juga telah terlibat dan berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi yang melanda Negara. Alhamdulilah, dari usaha serta kerjasama antara staf sejak awal hingga ke hari PKU UTM telah berjaya membuktikan keupayaan melaksanakan perkhidmatan dalam organisasi kerajaan tanpa banyak bergantung kepada peruntukan. Mulai tahun 2016 UTM telah mengiktiraf PKU sebagai Strategic Business Unit (SBU) yang pertama di UTM. Kini PKU UTM Kampus Jalan Semarak akan melaksanakan kaedah pengurusan kewangan secara SBU berasingan dari PKU induk di Johor Bahru.
PKU akan terus melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip “SIHAT” di Kampus UTM dengan cara dan usaha dari generasi pelapis yang akan menggabungkan kualiti staf dengan semangat keusahawanan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan dengan cabaran semasa.
Sekian, terima kasih.
DR. ISMAIL BIN AHMED
Pengarah, Pusat Kesihatan Universiti, UTM