Perkhidmatan Ambulan
PKU UTM KL menyediakan perkhidmatan ambulan bagi tujuan pemindahan pesakit (transfer) bukan kecemasan serta penghantaran pesakit mengikut kelayakan dan keperluan yang ditetapkan.
Ambulan kepada Staf, Pesara dan Tanggungan
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti melalui Mesyuarat JPU Bil.13/2025 bertarikh 29 Julai 2025 telah meluluskan beberapa penambahbaikan terhadap kemudahan perubatan bagi semua staf UTM. Penambahbaikan ini bertujuan meningkatkan kebajikan dan kemudahan akses kesihatan kepada warga UTM. Antara penambahbaikan yang dipersetujui dan akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025 adalah Kemudahan Ambulans di Pusat Kesihatan Universiti.
- Staf, pesara dan tanggungan yang berkelayakan boleh mendapatkan perkhidmatan ambulans PKU bagi kes ‘transfer’ bukan kecemasan (dalam keadaan terlantar) iaitu ketika staf dibenarkan discaj dari hospital.
- Permohonan perkhidmatan ambulans PKU bagi temujanji di hospital (dalam keadaan terlantar) adalah tertakluk kepada jumlah ambulans yang tersedia pada waktu tersebut.
- Radius kemudahan ambulan adalah di kawasan Johor Bahru dan Kuala Lumpur dalam lingkungan 25 km radius dari PKU UTM Johor Bahru dan PKU UTM Kuala Lumpur.
- Caj perkhidmatan adalah sebanyak RM50.00 sekali perjalanan dan akan ditolak dari Had Kos Rawatan Staf.
Ambulan kepada Pesakit Luar
Kadar Caj Perkhidmatan Ambulans untuk tujuan penghantaran pesakit (one way):
| Jarak | Waktu Pejabat (RM) | Luar Waktu Pejabat (RM) |
|---|---|---|
| < 25 KM | 100 | 150 |
| 25 KM – 100 KM | 250 | 350 |
| > 100 KM | 250 + RM 1/km selepas 100 KM | 350 + RM 2/km selepas 100 KM |
