FALSAFAH PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kesihatan Universiti adalah bersifat holistik serta berteraskan kepada strategi perkhidmatan “S.I.H.A.T”

 

Sihat

Sihat dan menyihatkan : Segala aktiviti dijalankan PKU adalah berlandaskan pencegahan penyakit, promosi kesihatan dan rawatan pesakit.

 

Ilmu

Pandai dan memandaikan (mendidik) : Sebagai sebuah unit di Universiti, PKU-UTM akan berkolaborasi dalam aktiviti yang dijalankan dan seharusnya berlandaskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. PKU juga perlu ke hadapan bagi melaksanakan perkara baru dalam bentuk yang inovatif.

 

Hasil

Berjimat malah menguntungkan : Setiap aktiviti dan pelaksanaan tindakan PKU perlulah mengambilkira penjanaan pendapatan, penjimatan perbelanjaan dan cost-benefit.

 

Agama

Akidah, etika dan integriti: Memastikan pelaksanaan yang tidak bercanggah, malah menajamkan lagi kefahaman akidah dan mematuhi etika serta memegang integriti yang tinggi.

 

Terkenal

Terkenal dan diteladani: Sentiasa teratas di kalangan PKU IPT serta menerajui segala aspek pengurusan dan perkhidmatan. Semua staf PKU-UTM harus mempunyai iltizam yang tinggi serta menjadi contoh dan tempat rujukan.