Perkhidmatan Lindungan Perubatan
Pengurusan perlindungan perubatan (medical coverage) bagi program/aktiviti yang diperlukan atau dipohon oleh agensi kerajaan dan swasta sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan, tempatan atau persendirian.
Definisi
Standby / Staf Lindungan Perubatan
“A person who is on active duty on site of an event to provide immediate medical emergency service”.
Paramedik
“A person trained to give emergency medical care to people who are seriously ill with the aim of stabilizing them before they are taken to hospital”.
Kategori Permohonan
- Aktiviti Indoor
- Aktiviti Outdoor
- Sukan Extreme
Jenis Acara
- Acara Rasmi Peringkat Universiti (cth: Hari Keluarga UTM, Sambutan Hari Raya, dll.)
- Acara Tidak Rasmi Universiti (cth: Hiking Jabatan, Fun Run anjuran jabatan)
- Acara Pihak Agensi Luar
- Acara Individu
Panduan Permohonan Perlindungan Perubatan
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Lampirkan jadual penuh program beserta borang ini. (Sekiranya program pelajar, sila kemukakan bersama senarai pelajar yang terlibat — bilangan pelajar perlu meliputi 80% daripada keseluruhan peserta.)
- Permohonan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh program.
- Sekiranya permohonan melalui surat rasmi, sila emelkan ke pku.kl@utm.my.
- PKU UTM KL akan memberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan borang/permohonan.
- Sebut harga rasmi / kadar bayaran akan dimaklumkan jika permohonan BERJAYA.
- Permohonan yang TIDAK BERJAYA akan dimaklumkan melalui emel.
- Permohonan hanya akan disahkan jika bayaran penuh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh sebut harga. Kemukakan bukti pembayaran kepada WhatsApp rasmi PKU UTM KL 019-899 9591.
- PKU UTM KL berhak meminda keputusan permohonan jika keperluan perkhidmatan lindungan perubatan bertembung dengan aktiviti rasmi peringkat UTM.
Kadar Bayaran (Rujukan SPK PKU UTM 2024)
| Anggota Tunggu Sedia | Kadar Bayaran / Jam (RM) | Nota |
|---|---|---|
| Pegawai Perubatan | 80.00 | Kadar minimum bayaran perkhidmatan anggota: 2 jam |
| Pembantu Pegawai Perubatan / Jururawat Terlatih | 30.00 | |
| Pembantu Perawatan Kesihatan / Pemandu | 15.00 | |
| Caj Perkhidmatan Ambulan | 250.00 | Kadar tetap / sepanjang satu hari / tidak melebihi radius 100km (terpakai untuk Lindungan Perubatan) |
Nota Tambahan
Pasukan perlindungan perubatan perlu terdiri daripada pasukan medik seperti berikut sahaja:
- Pegawai Perubatan, Pembantu Pegawai Perubatan / Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pemandu & Ambulan; atau
- Pembantu Pegawai Perubatan / Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pemandu & Ambulan; atau
- Pembantu Pegawai Perubatan / Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan (dalam kampus sahaja)
Hubungi & Hantar Permohonan
Untuk permohonan melalui surat rasmi atau pertanyaan lanjut, sila hubungi PKU UTM KL melalui emel atau WhatsApp rasmi.
