Klinik Pesakit Kronik (KPK)
Klinik Pesakit Kronik (KPK) menyediakan pemantauan berterusan bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik, termasuk pengurusan data ubatan dan sesi pendidikan kesihatan yang berfokus.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perkhidmatan ini merangkumi pengemaskinian data ubatan pesakit kronik secara konsisten bagi membantu proses pemantauan, pengendalian dan pembelian ubat kronik. KPK juga menyediakan sesi pendidikan, pembelajaran dan kaunseling yang khusus dan berfokus untuk pesakit yang mengambil insulin kali pertama serta kes-kes susulan.
KPK turut komited dalam keterlibatan pelbagai program pengendalian pesakit kronik bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman, khususnya dalam kalangan pesakit Diabetes, serta aktif dalam aktiviti semakan rawatan pesakit kronik.
Senarai Penyakit Kronik
- Darah tinggi (Hypertension)
- Kolesterol tinggi (Hypercholesterolemia / Dyslipidemia)
- Kencing manis (Diabetes Mellitus)
- Sakit jantung (Ischemic Heart Disease)
- Angin ahmar (Stroke / Cerebrovascular Accident)
- Kanser
- Penyakit pernafasan kronik (Asthma / Chronic Respiratory Disease)
- Gout
- Penyakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease / ESRF)
- Lain-lain (Penyakit yang disahkan kronik oleh Pegawai Perubatan)
