Perkhidmatan Perubatan

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN UNIVERSITI
Semua Mahasiswa menyertai skim ini secara automatik dan dikenakan yuran tahunan. 

PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
PKU menyediakan kemudahan berikut: perkhidmatan

 

JADUAL PERKHIDMATAN KLINIK PESAKIT LUAR (PERUBATAN)

HARI

MINGGU AKADEMIK CUTI SEMESTER
Ahad – Rabu

8.00 pg – 10.00 mlm 8.00 pg – 5.00 ptg
Khamis 8.00 pg – 10.00 mlm 8.00 pg – 3.30 ptg

Jumaat & Sabtu

8.30 pg – 12.30 tgh 8.30 pg – 12.30 tgh

Cuti Umum On – call On – call

PKU menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam secara on-call untuk mengendalikan kes-kes berikut: ♦ Kecederaan dan kemalangan ♦ Kesakitan teramat sangat ♦ Demam tinggi (>38C) ♦ Kesukaran bernafas ♦ Pendarahan ♦ Tidak sedarkan diri ♦ Keadaan pesakit mengganggu kententeraman orang lain ♦ Keadaan pesakit membahayakan diri atau orang lain. Perkhidmatan di luar waktu klinik dikendalikan oleh staf yang bertugas secara oncall.  Mereka boleh dihubungi melalui : Talian rawatan kecemasan: Samb: 30999/ talian terus : 07-5530999  
Rawatan Di Hospital Kerajaan
Universiti akan menanggung perbelanjaan rawatan mahasiswa di Hospital Kerajaan sehingga tidak melebihi RM 6,000.00 bagi satu tahun akademik.  Universiti hanya akan  menanggung perbelanjaan bagi Wad Kelas 2 sahaja.
Rawatan dan Perbelanjaan Yang Tidak Ditanggung Oleh Skim Perkhidmatan Kesihatan Mahasiswa

♦ Rawatan pencegah kehamilan, kemandulan dan kesuburan.

♦ Rawatan/pemeriksaan berkaitan mengandung dan bersalin.

♦ Alat bantuan kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti kerusi roda.

♦ Perubatan/pembedahan untuk tujuan kosmetik dan ritual.

♦ Semua imunisasi kecuali ATT selepas kemalangan.

♦ Perbelanjaan rawatan hospital swasta.

♦ Perbelanjaan rawatan di luar negeri

♦ Perbelanjaan pemeriksaan perubatan (medical check-up) kecuali atas urusan rasmi universiti.

♦Perbelanjaan rawatan yang melebihi RM 6,000.00 bagi mahasiswa tempatan untuk satu tahun akademik atau tinggal di wad melebihi 60 hari berterusan untuk satu tahun akademik yang mana terdahulu kecuali dengan kebenaran Timbalan Naib Canselor (HEMA).