Jawatankuasa Kolej Pelajar
Penubuhan Jawatankuasa Kolej Pelajar (JKP) di setiap kolej kediaman pelajar adalah bertujuan untuk menjalankan program berbentuk kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian dan aktiviti di kalangan sesama penghuni kolej atau masyarakat umum. JKP dibentuk di bawah kawal selia Pengetua dan Felow di setiap Kolej Kediaman. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menggalakkan integrasi kaum, pembangunan sahsiah, dan bimbingan akademik pelajar.