KEBAJIKAN PELAJAR

SKIM PELINDUNGAN PELAJAR

Skim Tabung Perlindungan Pelajar memperuntukkan bantuan kepada pelajar/waris yang terlibat dalam kemalangan, kematian dan juga kes-kes khas seperti bencana alam dan kebakaran. Pewujudan Skim ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UTM Bil. 19/2020 bertarikh 17 Ogos 2020 dan merupakan penggantian kepada Skim Insurans Berkelompok Pelajar serta penggabungan dengan Tabung Khairat Kematian dan Kemalangan Pelajar.

SKIM PELINDUNGAN PELAJAR / STUDENTS PROTECTION SCHEME

Klasifikasi Manual Pengguna Modul Pendapatan Keluarga Pelajar / User Manual Classification Of Student’s Family Income Module

KEBAJIKAN PELAJAR KELAINAN UPAYA (OKU)

Unit sokongan OKU di bawah JTNCHEP ditubuhkan pada November 2019, bagi membantu para pelajar kurang upaya dalam urusan di kampus dan menyalurkan segala maklumat kepada mereka. Bagi menentukan pelajar tersebut di bawah golongan OKU, mereka perlu mendaftarkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan kad OKU beserta nombor pendaftarannya. Di antara bantuan kepada golongan mahasiswa oku ini adalah BKOKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya) mengikut taraf pengajian dan elaun yang berbeza.

Universiti telah melantik ikon OKU pada tahun 2020, iaitu Dr Ruzimi Mohamed (alumni UTM) sebagai pemangkin semangat dan contoh baik kepada mahasiswa OKU, Bermula dari itu pelbagai acara dan program telah dilaksanakan iaitu Sesi Engagement secara talian dan Majlis Beramah Mesra bersama ikon OKU.

Dalam mencapai kesejahteraan dan perkhidmatan kepada pelajar OKU di kampus, Universiti turut menyediakan khidmat kenderaan hantar pulang dari kuliah terutama pelajar kurang fizikal, contoh kaki palsu dan kerdil, ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan semasa pengajian. Jikalau berlaku perkara yang melibatkan pelajar hilang upaya sementara, PKU (Pusat Kesihatan Universiti) turut menyediakan pinjaman kerusi roda manual dan tongkat sokong berjalan. Fasiliti penginapan kolej mesra OKU di Kolej 9 (kolej perempuan) turut tersedia sebanyak 10 bilik dengan kemudahan seperti tandas dan laluan pejalan kerusi roda, ini bagi menjamin persediaan menerima pelajar OKU dan pelajar hilang upaya sementara.