D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Sesi suai-kenal Kelab Bahasa Inggris Canselor UTM yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru pada 8 Mac 2016.

Keberangkatan tiba D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor disambut oleh pegawai-pegawai kanan Universiti Teknologi Malaysia.

D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris, Permaisuri Johor bersama peserta-peserta yang hadir ke sesi suai kenal Kelab Bahasa Inggris Canselor UTM.

Bacaan doa Iftitah majlis oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Firdaus bin Pazim dari Pusat Islam UTM.

D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris, Permaisuri Johor memulakan sesi suai kenal dengan menceritakan mengenai pengalamannya semasa di alam pengajian di University of Oxford.

Cik Aina Yasmin binti Zulhaime, salah seorang wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPM) sedang memperkenalkan dirinya.

(Dua dari kiri) Saudara Hishan Shanker Sanil, Timbalan Presiden Kelab “Toastmaster UTM” berkongsi cabaran beliau berkomunikasi dengan menggunakan medium bahasa Inggris.

D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris, Permaisuri Johor berkenan menerima cenderahati daripada salah seorang pelajar.

D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris, Permaisuri Johor berkongsi tip-tip komunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Inggris kepada hadirin.

D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris, Permaisuri Johor tertarik dengan cadangan idea- idea mengenai hala tuju kelab ini yang disampaikan oleh salah seorang pelajar.