MESSAGE FROM THE DIRECTOR
UTM KUALA LUMPUR
Assalammualaikum & Salam sejahtera.
Komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan bukan sekadar tertumpu kepada matlamat untuk menyiapkan tugasan semata-mata. Setiap staf atau pelajar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti perlu berfikiran kreatif dan inovatif dengan mengaplikasikan tanggungjawab tersebut melalui kemahiran, keupayaan serta daya cipta yang dimiliki.
Perkataan rajin dan aktif dalam persatuan dilihat masih belum mencukupi sekiranya tidak digabungkan dengan kajian lapangan serta sokongan teknologi dan inovasi. Tanpa elemen-elemen ini, hasil yang ingin dicapai dikhuatiri tidak akan mencapai tahap yang memberangsangkan.
Sehubungan itu, sepanjang tempoh anda bergelar pelajar di sini, anda berpeluang mempelajari strategi untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus secara berkesan, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kampus serta membuat pilihan yang bijak. Sesi ini turut menyediakan maklumat dan pengalaman yang praktikal serta bernilai berkaitan dasar-dasar yang dilaksanakan. Pelbagai program, kebajikan dan perkhidmatan yang disediakan menjanjikan persekitaran yang sihat dan kondusif bagi menyokong kejayaan pelajar.
Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Haji Abu
Pengarah Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Teknologi Malaysia
INNOVATING
SUSTAINABLE
SOLUTIONS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Block PA, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Phone: 03-2615 4307
Email: hepautmkl@utm.my
FOLLOW US