Bantuan Kewangan
Seksyen Kemudahan Kebajikan & Tatatertib merupakan pusat penyelarasan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan bantuan kewangan One-Off kepada pelajar pra siswazah. Seksyen Kemudahan Kebajikan & Tatatertib ini juga bertanggungjawab menguruskan pengiklanan tawaran, mengatur temuduga, membuat notis pemberitahuan mengenai biasiswa/pinjaman, mengedar borang-borang permohonan dan mengemukakan surat-surat permohonan dan dokumen perjanjian yang telah lengkap kepada penganjur-penganjur berkaitan.
Bantuan kewangan kepada siswa di Universiti ini terdiri daripada empat kategori utama iaitu:
- Biasiswa Pelajaran (termasuk Biasiswa Endowmen UTM)
- Pinjaman Pelajaran
- Dermasiswa
- Bantuan kewangan One-Off
Sumber-sumber kewangan mahasiswa di Universiti adalah terdiri daripada empat kategori utama iaitu:
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Pihak Swasta
- Yayasan/Pertubuhan