Berlangsung program Amanat Tahun Baru 2020 Pengarah HEP UTMKL di Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur. Program ini diadakan pada 13 Januari 2020 (Isnin) bermula pada jam 9.00 pagi.

Program ini dihadiri oleh semua staf Pejabat Hal Ehwal Pelajar daripada pelbagai unit. Pengarah HEP UTMKL, Ir. Dr. Pauziah memulakan amanat dengan menekankan pencapaian dan kemajuan seseorang staf adalah perlunya perubahan dan tekanan yang baik bagi meningkatkan mutu kerja setiap kali peluang yang mendatang.

Pengarah juga menerangkan dan mengucapkan tahniah atas pencapaian HEP pada tahun 2019 dan berharap segala pencapaian tersebut diteruskan dengan banyak lagi pencapaian yang boleh dicapai.

 

               Gambar oleh : Zulafiq