Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) & Institusi Pembangunan Felow (IPF) UTM akan menganjurkan program :-

“Sport Massage” (KAMIF 20)
Ts. Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip
5.30 petang
28 Disember 2020 (Isnin)
Bersiaran secara langsung di FB IPF UTM https://www.facebook.com/ipfutm/

Buku Program KAMIF20 [Muat Turun]

*Mata CPD (Staf) & Mata Merit (Pelajar) akan diberikan kepada semua yang menyertai & menonton melalui FB live

Bersama Dr Hadafi merupakan seorang Pensyarah Kanan di UTM dalam bidang Sains Sukan.
Beliau juga merupakan Ketua Juru Terapi dan Rehabilitasi Team Johor pada SUKMA Melaka dan Terengganu yang lepas.
Sport Masage atau urutan sukan adalah sejenis urutan bertujuan untuk melancarkan pengaliran darah di dalam badan.
Ia juga dpt membantu menghantar oksigen ke seluruh badan secara berkesan.
Dalam sukan, kepentingan terapi dan rehabilitasi boleh ditafsirkan seperti berikut iaitu optima latihan + optima recovery = optima performance.
Jadi pengetahuan terhadap terapi dan rehabilitasi adalah sangat penting untuk kita mencapai kemuncak prestasi di dalam apa jua bidang yg diceburi. Justeru itu, ia dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, walaupun ia sekadar urutan, ia tersimpan 1001 kenikmatan dan kejayaan.