Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) & Institusi Pembangunan Felow (IPF) UTM akan menganjurkan program :-

“Bengkel 1 – Asas Videografi Menggunakan Telefon Pintar” (KAMIF 20)
En Mohamad Nizam Ahmad
9.00 pagi
28 Disember 2020 (Isnin)
Bersiaran secara langsung di FB IPF UTM https://www.facebook.com/ipfutm/

Buku Program KAMIF20 [Muat Turun]

*Mata CPD (Staf) & Mata Merit (Pelajar) akan diberikan kepada semua yang menyertai & menonton melalui FB live

Bersama En Nizam bin Ahmad merupakan seorang penerbit rancangan dari pusat pengajaran dan pembelajaran UTM (UTM Lead).
Mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam penghasilan video dokumentari dan video pendidikan.
Beliau juga berpengalaman menjalankan kursus-kursus berkaitan penghasilan jalan cerita, asas rakaman video dan penyuntingan video.
Dalam bengkel ini, para peserta akan diberikan panduan cara menggunakan peranti mudah alih untuk rakaman dan penghasilan video.
Para peserta juga akan diberi pengenalan tentang aplikasi video editor bagi suntingan dan pengeditan video.