Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) & Institusi Pembangunan Felow (IPF) UTM akan menganjurkan program :-

“Perkongsian 3 – Sembang Santai : Ilmu & Akhlak” (KAMIF 20)
Datuk Dr. Norhafizah binti Musa
8.30 malam
28 Disember 2020 (Isnin)

Bersiaran secara langsung di FB IPF UTM https://www.facebook.com/ipfutm/

Buku Program KAMIF20 [Muat Turun]

*Mata CPD (Staf) & Mata Merit (Pelajar) akan diberikan kepada semua yang menyertai & menonton melalui FB live

Bersama YBhg. Ustazah Datuk Dr. Norhafizah binti Musa.
Merupakan seorang pendakwah selebriti dan juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur. Selain daripada bergiat aktif berdakwah dan mengajar, beliau juga pernah menerbitkan beberapa buku, antaranya adalah Inspirasi Murabbi, #Cantik Wanita Seindah Mutiara dan Till Jannah.
Program ini berbentuk forum santai dimana terdapat seorang moderator dan seorang panel yang akan mengupas tajuk yang telah ditetapkan.
Tajuk forum ini menekankan tentang adab, akhlak didalam menuntut ilmu bukan sahaja di dalam kelas, malah dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia insani.
Sasaran peserta bukan sahaja terhadap mahasiswa malah staf dan juga orang awam turut diraikan dalam forum ini.