Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) & Institusi Pembangunan Felow (IPF) UTM akan menganjurkan program :-

“Perkongsian 5 : Keseimbangan Kerja & Kehidupan” (KAMIF 20)
Dr. Zulfikar Ahmad
3.30 petang
29 Disember 2020 (Selasa)

Bersiaran secara langsung di FB IPF UTM https://www.facebook.com/ipfutm/

Buku Program KAMIF20 [Muat Turun]

*Mata CPD (Staf) & Mata Merit (Pelajar) akan diberikan kepada semua yang menyertai & menonton melalui FB live

Dr. Zulfikar Ahmad merupakan Pengarah Pusat Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pernah menjadi Konsultan Psikologi di Malaysian Psychology Centre selama setahun (2001) didalam bidang latihan korporat dan kekeluargaan. Berpengalaman dalam menyampaikan sesi ceramah motivasi disekolah-sekolah, kepimpinan dan kursus kemahiran tolongbantu.
Selain daripada itu, sering dijemput dalam memberi latihan korporat dalam bidang komunikasi, motivasi kerja, teambuilding, perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan berkualiti.
Antara bidang kemahiran beliau termasuk Industrial and Organizational Psychology, Parenting and Child Psychology, Marital Affairs and Relationship, Human Development, Islamic Psychology dan Kaunseling.
Perkonsian ini akan menerangkan berkenaan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan bukanlah satu konsep yang mudah dan sempurna. Adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu perkara yang lain.
Untuk itu, kita perlu tahu apa yang kita inginkan dalam hidup dan elakkan dari membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan yang ingin dicapai adalah mengikut kehendak dan definisi kita.