Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) & Institusi Pembangunan Felow (IPF) UTM akan menganjurkan program :-
“Perkongsian 4 – Pengucapan Awam” (KAMIF 20)
Prof. Dr. Durrishah Idrus
9.00 pagi
29 Disember 2020 (Selasa)
Bersiaran secara langsung di FB IPF UTM https://www.facebook.com/ipfutm/
*Mata CPD (Staf) & Mata Merit (Pelajar) akan diberikan kepada semua yang menyertai & menonton melalui FB live
Buku Program KAMIF20 [Muat Turun]
Prof Dr Durrishah Idrus merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) UTM yang berkhidmat dari 2017-2020.
Beliau dikenali sebagai pemimpin yang sangat disenangi, dihormati, dan mesra terhadap staf dibawah jagaan beliau.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang sangat petah berkata-kata, serta sentiasa memberikan motivasi yang berguna bukan hanya pada staf UTM, tetapi turut kepada mahsiswa-mahasiswi UTM keseluruhanya.
Kebolehan di dalam pengucapan awam adalah elemen yang sangat penting yang perlu ada di dalam diri setiap orang, khususnya jika kita menjadi seorang pemimpin di mana-mana peringkat.
Namun apakah elemen-elemen pengisian yang perlu ada semasa kita membuat ucapan?
Apakah perkara-perkara yang boleh membuatkan kita dapat menjadi seorang pengucap yang hebat, dan dapat memberi impak kepada pendengar? Program ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan ini dimana perkongsian akan diberi oleh Prof Dr Durrishah Idrus, mantan TNC HEP UTM yang dikenali sebagai seorang yang sangat hebat didalam pengucapan beliau.