SUMBANGAN KEBAJIKAN IPF
Sukacita dimaklumkan sepertimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa IPF UTM Bil.4/2020 pada 11 November 2020, semua ahli IPF UTM layak menerima sumbangan seperti yang berikut :
Sumbangan Khairat Kematian (RM100 + Sumbangan)
Layak kepada ahli IPF UTM sahaja dengan bayaran RM100.00 daripada IPF UTM bersama sumbangan daripada ahli IPF UTM.
Sumbangan Bencana (RM50 + Sumbangan)
Bantuan untuk ahli IPF UTM yang ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran, kecurian harta dan dimasukkan wad (tertakluk kepada keputusan MT IPF UTM). Bantuan maksima sebanyak RM50.00 bersama sumbangan daripada ahli IPF UTM.
Sumbangan Perkahwinan (RM100 + Sumbangan)
Sumbangan tunai RM100.00 kepada ahli yang berkahwin semasa menjadi ahli IPF UTM.
Sumbangan Kelahiran Anak (RM50 + Sumbangan)
Sumbangan berupa wang tunai RM50.00 bersama sumbangan daripada ahli IPF UTM bagi setiap kelahiran anak ahli (maksimum tiga (3) anak semasa menjadi ahli).
(Bayaran adalah berkuatkuasa mulai 1 Disember 2020).
Sebarang tuntutan dan pertanyaan boleh hubungi :
Ketua Biro Kebajikan
En. Md Yani Kasiren
Emel: mdyanik@utm.my
HP: +60 12-751 2342