Assalamu’alaikum Wr. Wb.,
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.0 Dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian Institusi Pembangunan Felow dengan kerjasama Majlis Felow Kolej 9&10 akan mengadakan program ceramah bersempena memperingati Rasulullah al-Mustafa, Nabi Muhammad s.a.w.
3.0 Sehubungan dengan itu, berikut adalah perincian program tersebut.
Tarikh: 5 November 2020 (Khamis)
Masa: 8.30 malam
*Platform: Dalam Talian melalui FB LIVE https://www.facebook.com/ipfutm/ *
Penceramah Jemputan: Ustaz Panji Alam bin Mazhisham, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM
4.0 Justeru, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara adalah dijemput untuk menyertai program ini. Kehadiran anda akan direkodkan untuk mata CPD (staf) & mata Merit (pelajar).
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BIRO KEROHANIAN
Institusi Pembangunan Felow
Universiti Teknologi Malaysia