Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pernahkah rasa nak MARAH pelajar yang mengurus dan menganjur aktiviti kolej? Adakah kritik dan panduan yang diberi, cukup RAMAH beri IMPAK dalam membangunkan pelajar? Adakah MARAH YANG RAMAH itu realisitik?
Jom bincang lanjut, dengan barisan panel felow-felow kolej kediaman. Ada yang berpengalaman lebih 12 tahun sebagai felow, ada yang menyusun program pemantapan JKM UTM, ada yang turut menasihat persatuan-persatuan luar termasuk Persatuan Silat Seni Gayung UTM, Jurulatih Silat Gayung Negeri Johor dan Toastmasters International.
Bersama moderator, juga mantan JKM Sesi 2018/2019, mari saksikan Sesi Perkongsian Ilmu secara Siaran Langsung Facebook anjuran Biro Komunikasi dan Dokumentasi, IPF UTM.
FORUM ‘MARAH’ YANG ‘RAMAH’
🗓️ 29 September 2020 (Selasa)
⏰ 9.00 – 10.30 malam
Moderator: En. Muhammad Zainuddin Arriafdi ( Pembantu Felo KTHO)
Panel:
1. Dr. Nor Ain Husein (Fakulti Sains)
2. En. Roslan Abd. Ghani (Jabatan TNC (Pembangunan))
3. En. Rosnizam Maarof (UTMSpace)
🔊Bersiaran Langsung🔊
https://www.facebook.com/ipfutm/
Semua warga IPF dan pemimpin pelajar AMAT DIGALAKKAN untuk menghadiri sesi ini.
Mata CPD (Staf) & Mata Merit (Pelajar) akan diberikan kepada yang menonton melalui Siaran Langsung FB.