Sukacita pihak IPF merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Bin Abdul Rahim dan Lt. Kol. Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli Bin Ali Khan atas kejayaan mereka sebagai penerima ANUGERAH JASA BAKTI 2021.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh Universiti di atas pencapaian unggul perkhidmatan mereka selama ini. Semoga seluruh warga IPF dapat memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan yang sepenuhnya kepada mereka dalam meneruskan kesinambungan tugas dan meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan Universiti secara keseluruhannya. Semoga kejayaan ini juga akan dapat memberikan suntikan semangat kepada semua ahli IPF untuk meningkatkan potensi diri dan untuk terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di UTM.
Tahniah dan syabas!