Adakah anda Felow/Pembantu Felow baru?

Adakah anda masih kurang faham tentang peranan Felow dan Pembantu Felow di UTM?

Adakah anda masih kurang jelas tentang prosedur, apabila ada apa-apa permasalahan berlaku pada mahasiswa?

Bagaimanakah caranya kita sebagai Felow/Pembantu Felow mengenali mahasiswa melalui ‘body language mereka?

Ketahui solusi kepada persoalan-persoalan ini dan banyak lagi persoalan yang mungkin bermain di minda anda melalui program wajib IPF

Dimaklumkan bahawa Institusi Pembangunan Felow UTM ingin menjemput semua warga IPF untuk bersama-sama dalam Program Induksi Felow IPF 2021, seperti perincian berikut:

‘KURSUS : INDUKSI FELOW IPF 2021’

🗓️ 27 Februari 2021 (Sabtu)

8:00 pagi hingga 6.30 petang

LOKASI : akan dimaklumkan kemudian

📱Pra Pendaftaran : http://bit.ly/PraPendaftaranInduksiIPF2021 sebelum atau pada 17 Februari 2021

Program ini bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang :

1. Tugas dan peranan barisan Felow dan Pembantu Felow di Kolej kediaman UTM.

2. Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur, arahan dan pekeliling semasa berkaitan pengurusan hal ehwal dan pembangunan pelajar di UTM.

3. Memberi kefahaman mengenai pengurusan, perancangan dan pelaksanaan hal ehwal pelajar dan pembangunan pelajar yang efektif di UTM.

4. Merapatkan lagi ukwah dan silaturrahim antara ahli-ahli IPF.

Jadi, tanpa mengira anda Felow/Pembantu Felow baru atau lama yang ingin mengetahui lebih lanjut, joom sama sama hadir ke program ini. In Shaa Allah, program ini akan menjadi satu program motivasi yang akan menyuntik semangat dan meningkatkan mutu perkhidmatan Felow /Pembantu Felow UTM untuk sama-sama kita membantu UTM tercinta bagi menghasilkan Mahasiswa yang lebih berkualiti dan holistic.

Program ini adalah DIWAJIBKAN bagi semua warga IPF.

Mata CPD dan ACAD akan disediakan.

Sekian, terima kasih.

“Felow Cemerlang, Mahasiswa Terbilang!”

AJK Multimedia & Promosi
INDUKSI FELOW IPF 2021