“Lain sikit cara nak tackle pelajar bangsa India ni…”
“Biasalah kan, pelajar bangsa Melayu memang macam tu perangainya..”
“Kita nak buat apa ya untuk dapat kerjasama pelajar bangsa Cina?”
“Program tu, semua kaum boleh enjoy, program kita, tak semua kaum turun, kenapa eh?”
“Kita orang semenanjung, dorang sabah sarawak… Lain…”
“Kalau Muslim, boleh la kita buat macam ni… Kalau Kristian? Buddhist? Hindu?”
Para pelajar di UTM berbeza bangsa dan agama, kelebihan atau kekurangan? Adakah anda, pengetua, felo, pembantu felo, dan pemimpin-pemimpin pelajar di kampus dan kolej kediaman sudi berkongsi masa, mengupas cabaran membangun dan memimpin pelajar pelbagai bangsa dan agama ini?
Jom, malam ni…. Julung kalinya dianjurkan…
“PROGRAM BICARA SANTAI : MENANGGAPI KEPELBAGAIAN PELAJAR DENGAN BERHEMAH”
Objektif Program :
1. Memberi pendedahan kepada ahli IPF & JKM berkenaan kepelbagaian latar belakang pelajar.
2. Mengupas mengenai cabaran & apakah cara yang berhemah untuk mendepani pelajar dalam situasi tertentu daripada perspektif berbilang agama & bangsa.
Butiran program tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 07 Mac 2019 (Khamis)
Masa : 8:45 – 11:15 malam
Tempat : Dewan Sri Perdana, KP, UTM
Anjuran : Biro Kerohanian dan Biro Komunikasi & Dokumentasi, Insititusi Pembangunan Felo (IPF), UTM.
Dengan barisan penceramah terdiri daripada :
1. Dr Jaysuman Bin Pusppanathan
> Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, UTM,
> Presiden of Erthul Mustafa Academy,
> Board member of Hidayah Centre Johor.
2. Calvin Ohsey
> Pekerja pastoral,
Institut Misi Pastoral,
Keuskupan Melaka Johor.
3. Chong Kok Tai
> Buddhism practitioner,
> Consultant and trainer mostly in ISO, food safety and HALAL certification.
4. Dr. Tan Joo Siang
>pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
>Kaunselor Berdaftar (KB,PA)
>Advisor for PELITA Psychological Guidance Unit, Young Buddhist Association of Malaysia
Moderator:
Dr. Nor Ain Husein
> Pensyarah di Fakulti Sains, UTM,
> Ketua Biro Komunikasi dan Dokumentasi, Institusi Pembangunan Felo UTM,
> Aktivis Hidayah Centre Foundation Johor.
Jangan lupa mendaftar dengan JKM dan Majlis Felo masing-masing!
Jumpa malam nanti!