KEJOHANAN BOWLING PIALA PUSINGAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO (IPF) 2019
Perhatian warga IPF!!
Exco sukan IPF dengan kerjasama Kolej Tun Razak akan mengadakan Kejohanan
Tenpin Bowling Piala Pusingan IPF 2019.
Butiran kejohanan adalah seperti berikut:
Tarikh : 6 Mac 2019 (Rabu)
Masa : 8.00 pm – 11.30 pm
Tempat : Lite Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Taman Pelangi, JB
Format kejohanan : 4 sepasukan
Yuran : RM 84.00 (termasuk kasut)
Syarat-syarat kejohanan adalah seperti berikut:
1. Terbuka kepada semua warga IPF UTM 2019.
2. Penyertaan dari setiap kolej terhad kepada 2 pasukan sahaja.
3. Setiap pemain akan bermain sebanyak 2 permainan.
4. Setiap pasukan hendaklah mewakili kolej kediaman masing-masing, tidak boleh bercampur
kolej dan mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain WANITA.
5. Pemain wanita akan diberikan markah percuma (handicap) sebanyak 7 pin untuk
setiap permainan.
JOM DAFTAR SEGERA!!!
https://goo.gl/forms/h6cuKQI2Djxy2ZUP2
Bagi melancarkan proses pendaftaran dan mengelakkan sebarang kekeliruan, pemain yang ingin mewakili kolej masing-masing hendaklah mendaftar melalui pengetua kolej masing-masing dengan membuat pendaftaran melalui google form serta menyenaraikan nama kumpulan dan senarai ahli di group Whatsapp IPF.
Pembayaran yuran boleh dibuat pada 5/3/2019 di kaunter kolej KTR atau selewat-lewatnya pada 6 Mac 2019 semasa hari pendaftaran.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi @ Whatsapp nombor berikut:
Juzaili – 012-534 7957
Kiflee – 017-788 0405