Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2011, Citra Karisma telah diadakan pada hari Khamis, 7 Julai 2011 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Bersempena majlis tersebut, seramai 20 orang bekas pelajar UTM telah diberikan Anugerah Perhargaan Alumni. Berikut disenaraikan penerima-penerima anugerah berkenaan:-

 

1. ALUMNI TERBILANG

 

Dato' Mahat bin SamahDato’ Mahat bin Samah
(B. Eng. (Mech.), 1977)

Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Operasi, Malaysia International Aerospace Centre Sdn. Bhd.

Dato’ Mahat bin Samah memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Teknik di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada tahun 1977 dan pelbagai jawatan pernah disandang oleh beliau antaranya ialah Ketua DCA College Subang, Pengurus Kanan (Sumber Manusia) MAHB , Pengurus Projek NECC dan Pengurus Teknikal & Jaminan Kualiti Bahagian MAHB.

Beliau juga terlibat dalam Design, Construction and Operational Readiness of KLIA, Short Term & Long Term Car Parks projects seperti yang dikenali sebagai Southern Common Amenities Project di KLIA.

 

Dato' Abd. Hamid Mohd AliDato’ Abd. Hamid Mohd. Ali
(Dip. Civil Eng., 1978)

Ketua Pegawai Operasi, Malaysian Airports Holding Bhd

Dato’ Abdul Hamid bin Mohd Ali mempunyai pengalaman yang luas dalam perancangan, pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lapangan terbang selama 29 tahun di MAHB termasuklah mempersiapkan usahasama MAHB sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau juga terlibat di dalam perkhidmatan perundingan dan pengurusan lapangan terbang lain di Timur Tengah dan Asia Tengah. Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pembangunan di Sabiha Gokcen Airport, Turkey ketika lapangan terbang tersebut dibina pada tahun 2009. Beliau juga telah memperolehi pengalaman yang luas melalui projek-projek yang dikendalikan dan yang terkini ialah projek pembinaan KLIA2.

Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin TaibDatuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib

(B. Surv.(Land), 1978)

Ketua Pengarah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib telah dikenali kerana penglibatannya selama hampir 30 tahun dalam bidang ukur dan pemetaan. Beliau telah memberi pelbagai sumbangan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Antaranya beliau adalah merupakan ahli panel Advisory Group on Strategic Direction of The International Standard Organisation, Technical Comittee (ISO/TC 211) Geographic Information/Geomatics Standards dan Ahli Pakar Jawatankuasa Sains dan Teknologi di bawah Majlis Perundingan Eknomi Negara II (MAPEN II).

Mr. Wei Chuan BengMr. Wei Chuan Beng

(B. Eng. (Elec.), 1989)

Pengarah, REDtone Telekomunikasi Sdn Bhd

Mr Wei Chuan Beng, merupakan Pengarah REDtone dan dilantik sebagai Lembaga Syarikat pada 15 November 2003. Beliau memulakan kerjayanya di Hewlett Packard Jualan Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1989 sebagai Pegawai Sistem yang bertanggungjawab dalam IT dan perhubungan pelanggan, dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Akaun. Setelah mendapat pendedahan yang luas dalam bidang IT, beliau memulakan REDtone Telekomunikasi Sdn Bhd pada tahun 1996 bersama dua rakannya yang lain. Pada masa ini beliau adalah Pengerusi PIKOM dan Timbalan Pengerusi Young Presidents’ Organization (YPO).

Datuk Ir. Hamzah HasanDatuk Ir. Hamzah Hasan

(Dip. Civil Eng., 1972)

Pengarah, CIDB Malaysia

Dato’ Ir. Hamzah Hasan memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya bermula pada tahun 1975. Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama 23 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah PembinaanKuala Lumpur International Airport Berhad. Beliau memilih untuk bersara awal dari perkhidmatannya dan menyertai Ahmad Zaki Resourses Berhad (AZRB) sebagai Pengarah Urusan.

Dengan pengalaman yang meluas dalam sektor awam dan swasta, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB).

 

Dato’ Ar. Nur Haizi binti Abdul HaiDato’ Ar. Nur Haizi binti Abdul Hai

(B. Arch, 1978)

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Jabatan Kerja Raya Malaysia

Dato’ Ar. Nur Haizi binti Abdul Hai sangat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) selaku Yang Dipertua (peringkat negara) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) serta pernah mewakili negara dalam ASEAN Architect Council dan Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) Architect Central Council.

Beliau pernah dianugerahkan Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh D.Y.M.M. Sultan Perak. Beliau juga pernah dilantik sebagai Yang Di Pertua Lembaga Arkitek Malaysia [LAM] oleh Y.B. Menteri Kerja Raya selama 6 tahun berturut-turut dan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1985, 1986 dan 1996. Beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai perekabentuk projek-projek utama seperti Rumah Kediaman untuk Mantan Perdana Menteri YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi di Persiaran Mahameru dan Rumah Penginapan Persekutuan untuk Jabatan Perdana Menteri, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Dato’ Ir. Mohd. Noor bin YaacobDato’ Ir. Mohd. Noor bin Yaacob

(B. Eng. (Civil), 1977)

Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Dato’ Ir. Hj. Mohd. Noor bin Yaakob telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya pada 1 Mei 2011 berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Kerja JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1977. Pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dari tahun 2000-2005 sebelum dilantik Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan kemudiannya Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II. Beliau telah berdaftar sebagai Jurutera Bertauliah dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan merupakan ahli korporat Institut Jurutera Malaysia.

Dato’ Mohd Fadzil bin Haji Mohd Khir Dato’ Mohd Fadzil bin Haji Mohd Khir 
(B.U.R.P., 1979)

Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar & Desa

Dato’ Mohd Fadzil bin Haji Mohd Khir merupakan lulusan bidang Perancangan Bandar dan Wilayah di UTM dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Japan International Cooperation Agency Tokyo, Japan dan University of College London. Antara keanggotaan professional beliau ialah Ahli Majlis Pertubuhan Perancang Malaysia, Penaung Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Wilayah serta Ahli Lembaga Pengajian Program Sarjana, Fakulti Alam Bina, UTM. Beliau dianugerahkan Dato’ Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K) pada tahun 2005 yang membawa gelaran Dato’. Antara lain anugerah yang diterima adalah Ahli Setia Sultan Mahmud Terengganu dan Bintang Cemerlang Melaka.

 

 

2. ALUMNI CEMERLANG

 

Datuk Prof. Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd YunusDatuk Prof. Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus
(Dip. Arch., 1978)

Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Malaysia

Ar. Prof. Datuk Dr Hamzah Amer Mohd. Yunus, merupakan professional Arketik Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia sejak tahun 1984 dan memegang jawatan sebagai Arkitek di Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Beliau kini sedang berkhidmat di National Advisory Committee melalui Nation’s Historical and Built Heritage (JKPPWN) bersama-sama dengan ahli kuratorial daripada Jabatan Muzeum Malaysia dan agensi-agensi kerajaan.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya selama ini, beliau telah dianugerahkan Sijil Khidmat Cemerlang Kementerian Kerja Raya Malaysia pada tahun 1994 dan 2000 di peringkat jabatan manakala Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Negeri Melaka pada tahun 1988, Darjah Mulia Seri Melaka (DSMA) Melaka pada tahun 2007 dan Darjah Kebesaran Johan Setia DiRaja (J.S.D.) pada tahun 2009.

 

Prof. Dr. Nor Aieni binti Hj MokhtarProf. Dr. Nor Aieni binti Hj Mokhtar
(PhD (Science), 1992)

Setiausaha Bahagian/Pengarah, Direktorat Oseanografi Kebangsaan,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Professor Dr. Nor Aieni binti Hj Mokhtar mula berkhidmat dalam sektor awam pada 1980 sebagai staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah terlibat dalam mempatenkan sebuah sistem perlindungan pantai yang dinamakan Sine-Slab dan penyelidikan proses dan struktur pantai (batu karang) serta permodelan cuaca dan lautan.

Beliau pernah menerima beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Penemuan UTM dan Anugerah Harta Intelek dan Pencipta Kebangsaan, Beliau kini membangunkan Pusat Data Oseanografi Kebangsaan, menyediakan Polisi Lautan dan sedang merancang bagi penubuhan Institut/Agensi Oseanografi Kebangsaan.

 

Dato’ Hj. Yusoff bin Harun Dato’ Hj. Yusoff bin Harun 
(Dip. Civil Eng., 1973)

Presiden, Kolej Poly-Tech MARA

Dato’ Hj. Yusoff bin Harun sebelum ini memegang jawatan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor. Sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan antaranya Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Bekalan, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional; Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pendidikan Teknikal; Pengetua Politeknik Shah Alam dan Timbalan Pengarah JPS.

 

 

Dato’ Ir. Hj Mohd Isa bin Hj Sarman

Dato’ Ir. Hj Mohd Isa bin Hj Sarman 
(B. Civil Eng., 1977)

Ketua Eksekutif, SABA Consultant Sdn. Bhd.

Dato’ Ir. Hj Mohd Isa bin Hj Sarman telah berjaya melaksanakan beberapa projek besar antaranya Wisma Bank Simpanan Nasional yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan turut terlibat dengan Perancangan Pelan Induk Infrastruktur Bandar Uda Utama, Johor Bahru seluas 200 hektar termasuk kerja-kerja rekabentuk struktur di sebahagian fasa pembangunan bandar tersebut. Beliau juga aktif dalam badan-badan organisasi yang lain antaranya Ahli Fellow Institusi Jurutera-Jurutera Malaysia, Jurutera Profesional Lembaga Jurutera Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Institut Tahfiz SABA.

 

Dato’ Prof. Ar. Dr. Elias @ Ilias bin SallehDato’ Prof. Ar. Dr. Elias @ Ilias bin Salleh
(Dip. Building Design, 1969)

Pensyarah, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Pertanian Malaysia

Dato’ Prof. Dr. Ar. Elias @ Ilias bin Salleh merupakan seorang arkitek profesional dan telah mempunyai lesen berdaftar di bawah Board of Architects Malaysia (LAM). Beliau mempunyai pengalaman kerja lebih 30 tahun dalam bidang pendidikan senibina. Di samping aktif dalam kerjaya, beliau turut menyumbang kepada penghasilan penerbitan antaranya The Potential of Sustainable Building Rating System in the Malaysian Building Industry dan The Influence of Tree Canopy On The Thermal Environment in a Tropical Climate : a Preliminary Study.

 

Datuk Hj. Ayob bin Ketot Datuk Hj. Ayob bin Ketot 
(Dip. Land Surv., 1974)

Pengarah Urusan, TETO Engineering Sdn Bhd

Datuk Haji Ayob bin Haji Ketot telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974 dan seterusnya beliau melanjutkan pengajian di North East London Polytechnic, United Kingdom. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pembantu Teknik di Jabatan Ukur Negeri Johor pada tahun 1976.

Datuk Haji Ayob bin Ketot pernah dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) pada 10 Oktober 1998 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin yang membawa gelaran ‘Datuk’.

 

Dato’ Ir. Hj. Abd. Rahim bin Kaparawi Dato’ Ir. Hj. Abd. Rahim bin Kaparawi 
(Dip. Civil Eng., 1973)

Principal, ARK Synergy Consultant

Dato’ Ir. Haji Abd. Rahim bin Kaparawi merupakan Principal di ARK Synergy Consultant dan juga merupakan Pengarah di Mutiara Sinergy Sdn. Bhd. Beliau juga adalah perunding khas bagi projek menaiktaraf tebatan banjir Sungai Segamat dan bekerjasama dengan HSS Integrated Sdn. Bhd. Antara projek beliau ialah kajian hidraulik pantai bagi UEM Land Sdn. Bhd. dan cadangan membina dan menyiapkan projek IBS bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandar Pontian.

 

 

3. ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS PRO-CANSELOR

 

Dato’ Lawrence Chan Kum PengDato’ Lawrence Chan Kum Peng
(Dip. Elec. Eng. (Radio), 1968)

Pengerusi Eksekutif,
Personal Development Leadership Management Corporation (M) Sdn. Bhd.

Dato’ Lawrence Chan Kum Peng merupakan yang pertama dan satu-satunya telah mendapat pengiktirafan Asian Certified Professional (C.S.P). Beliau telah banyak menyumbang kepakaran sebagai perunding motivasi. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah antaranya anugerah perunding latihan dan telah melatih hampir 1,500,000 orang yang terdiri daripada pengurus, eksekutif, penyelia dan telah dianugerahkan Certificate of World Leadership. Beliau juga pernah memenangi Best-selling Author dan antara buku karangan beliau ialah The Route To Succes dan Personal Daily Success.

 

Datuk Hod bin ParmanDatuk Hod bin Parman 
(Dip. Elec. Eng. (TV), 1968)

Presiden, Wamata Solutions Sdn. Bhd.

Datuk Hod bin Parman telah terlibat dalam industri telekomunikasi selama hampir lebih 40 tahun. Beliau menyertai Lembaga Pengurus Komunikasi Malaysia atau Jabatan Telekomunikasi Malaysia (JTM) pada bulan Januari 1987 sebagai Penolong Pengarah dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan sering terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan telekomunikasi seperti AIC (Asia Pacific Telecommunity) dan ITU (International Telecommunications Union). Beliau merupakan Presiden Perhimpunan Agong APT yang beribu pejabat di Bangkok bermula dari tahun 1996 hingga 1999 dan merupakan Pengerusi ke-10 Sesi 1994/1995 Inmarsat (International Maritime Satellite Organisation), London.

 

Datin Hjh. Fadzilah binti Abu BakarDatin Hjh. Fadzilah binti Abu Bakar
(B. Surv. (Property Management), 1980)

Pengarah, Fadzilah & Fikri Sdn Bhd

Datin Fadzilah binti Abu Bakar pernah menerima anugerah ‘Gold Medal’ daripada The Institution of Surveyors, Malaysia pada tahun 1980 dan Anugerah Pingat ‘Bintang Cemerlang Kedah’ (B.C.K) daripada Sultan Kedah serta dilantik sebagai ‘Pengapit Mahkamah (Assesors) bagi kes-kes Mahkamah Tinggi yang melibatkan kes-kes Rujukan Tanah di Malaysia.

Pada tahun Februari 1998, beliau telah membuka syarikat Penilaian dan Pengurusan Hartanah iaitu ‘Fadzilah & Fikri Sdn Bhd’ dimana syarikatnya mempunyai 6 cawangan di Malaysia iaitu di Kangar, Shah Alam, Alor Setar, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seberang Jaya.

 

Dato’ Ir. Hj. Ibrahim Yakub Dato’ Ir. Hj. Ibrahim Yakub 
(Dip. Civil Eng., 1969)

Pengarah Eksekutif, MAIS Corporation Sdn. Bhd.

Dato’ Ir. Haji Ibrahim bin Yakub merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan awam di UTM dan seterusnya melanjutkan pengajiannya dalam bidang yang sama di Portsmouth Polytechnic United Kingdom pada tahun 1971. Antara anugerah dan penghargaan yang diterima beliau adalah Pingat Bentara Setia Mahkota Kelantan (1985, Ahli setia darjah Kinabalu Sabah (1995), Kesatria Mangku Negara Malaysia (1996), Setia Mahkota Selangor (1998) dan Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Selangor (2001) yang membawa gelaran Dato’. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif di Trimodal Holdings Sdn Bhd.

 

Dato’ Goh Chyte KeatDato’ Goh Chyte Keat
(Dip. Civil Eng., 1964)

Non-Excecutive Director, IJM Corporation Bhd. (telah bersara)

Y. Bhg. Dato’ Goh merupakan Pengarah Eksekutif Bebas di Industrial Concrete Products Berhad dan MASSCORP Berhad sejak beliau bersara dari Pengarah Kumpulan Urusan IJM pada 31 Disember 1996. Sebelum ini beliau telah melaksanakan banyak projek di bawah Jabatan Kerja Raya dan seterusnya beliau berkhidmat di Soon Tat & Co sebagai Pengurus Projek. Setelah 3 tahun berkhidmat di Soon Tat & Co, beliau berkhidmat pula di Jurutama Sdn. Bhd. pada 1970.