SUPREME COUNCIL

The Supreme Council’s main task is to act as the forefront to the leadership line of MPP UTM. Not only that, the Supreme Council also monitors the job scopes and tasks of each department in MPP so that it is well integrated with all the other departments of MPP.  The Supreme Council also plays a big role in ensuring that all the tasks being fulfilled are based on the mission of MPP which is our utmost priority.

MEET OUT TEAM MEMBERS

SUPREME COUNCIL

“The greatest leader is not necessarily the one who does the greatest things. He is the one that gets the people to do the greatest things.” – Ronald Reagan

NADRATUL HUDA BINTI AHMAD

PRESIDENT

MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD ZAIN

VICE PRESIDENT I (JB)

ALIS IMALIN BINTI ABU BAKAR

VICE PRESIDENT II (JB)

NUR FATIN AHZA BINTI BASHAHRUDDIN

VICE PRESIDENT III (KL)

AMMAR AIMAN BIN ABDUL BAHAR

HONORARY TREASURER

MUHAMMAD SHAFIQ RIWANDA BIN MASRI

GENERAL SECRETARY

FAKHREEZ IRFAN BIN IKHWAN

DEPUTY SECRETARY

LATEST INFORMATION

Access the most up-to-date information here for the latest insights on the topic.

PENCARIAN KREW FESKO ‘67 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

14 Ogos 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis Perwakilan Pelajar UTM dengan sukacitanya mencari para pelajar yang berminat untuk sertai sebagai Krew Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-67 yang bakal berlangsung pada 18-27 November 2023.

Para pelajar yang berminat untuk sertai dinasihatkan untuk mengimbas terlebih dahulu qr kod ‘booklet’ FESKO 67 yang terpapar di dalam poster untuk mengetahui skop kerja setiap unit dan soalan lazim yang ditanya berkenaan FESKO.

Kami mencari seseorang yang rajin, amanah, bertanggungjawab dan boleh bekerja dalam pasukan. Jika anda yang kami cari, silalah daftar dengan segera!

Jika anda berminat untuk sertai kami, anda boleh mendaftarkan diri anda di pautan yang disediakan di bawah

🖥️https://forms.gle/3FdxjEmhsLKSKDYL8

Untuk sebarang permasalahan dan persoalan, anda boleh menghubungi :

Farhan:https://wa.link/441goi
Danial:https://wa.link/x1jw5g
Haziq:https://wa.link/4355gl
Najah:https://wa.link/uzgjue

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA MASUM KONTINJEN UTM

13 Ogos 2023 | Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana.

Pada Ahad baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bendera dan lafaz ikrar kontinjen UTM yang akan menyertai Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan beliau turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada para atlet.

Pada temasya sukan MASUM 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia ini, UTM bakal menghantar seramai 120 orang atlet dan pegawai yang bakal menyertai acara-acara yang dipertandingkan.

Semoga pasukan UTM memperolehi kejayaan pada kejohanan kali ini!

Ayuh sama-sama turun padang memberi sokongan buat mereka pada 15 hingga 20 Ogos ini di Karnival Sukan MASUM (Fasa 1) USIM.

PELANTIKAN DUA PELAJAR UTM SEBAGAI FELO PERDANA/KORPORAT

11 Ogos 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis Perwakilan Pelajar UTM dengan sukacitanya mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia atas pelantikan menjadi Felo Perdana/Korporat iaitu

Muhammad Badrul Amin Bin Abdul Rashid (Felo Perdana, Alumni Pra Siswazah Sekolah Pendidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM)

Roshini (Felo Perdana, Ahli Dewan Muda Johor & Duta Perpaduan Johor)

Semoga dengan permulaan baru ini dapat mencetuskan semangat kepada seluruh kepemimpinan belia supaya terus aktif dalam memperkasakan pertubuhan belia serta menggunakan pendekatan baharu bagi menarik minat anak muda untuk berpersatuan.

ON-CAMPUS BUS SHUTTLE SERVICES DURING SEMESTER BREAK

July 27, 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

During the semester break for academic session 2022/2023, students do not have to worry about shuttle bus services in university since the bus services will be operate as usual starting from July 30, 2023 until September 31, 2023.

However, please take note that bus services are not available on Fridays, Saturdays and Public Holidays. The time of arrival may not be accurate due to traffic issues. Students are required to refer the operations are as per poster.

Thank you.

NOTIS PINDAAN TARIKH PERMOHONAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

8 Julai 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Tarikh permohonan penginapan kolej kediaman bagi pelajar prasiswazah kanan tempatan telah dipinda seperti berikut:

Tarikh asal : 13 Julai 2033 sehingga 17 Julai 2023

Tarikh baru : 14 Julai 2023 sehingga 18 Julai 2023

Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i boleh mula membuay permohonan kolej kediaman masing-masing bermula pada pukul 10 pagi.

Sekian, terima kasih.

PENGUATKUASAAN PERATURAN BERPAKAIAN PELAJAR DAN PENGUATKUASAAN PEMAKAIAN KAD MATRIK SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR

3 Julai 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Pihak Universiti secara berterusan akan menguatkuasakan peraturan Tatacara Berpakaian Pelajar dan semua pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI KAD MATRIK sepanjang menduduki peperiksaan akhir Semester II, Sesi 2022/2023. Kad Matrik Pelajar mestilah DIPAKAI dan DIPAMERKAN di bahagian hadapan paras dada.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar adalah diwajibkan untuk terus mematuhi peraturan berpakaian tersebut dan adalah diingatkan bahawa mana-mana pelajar yang tidak mematuhinya akan menyebabkan beberapa tindakan boleh diambil terhadap saudara/i seperti berikut :-

(i) Diberi teguran secara lisan atau bertulis;
(ii) Tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan; dan
(iii) Aduan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Universiti sekali lagi menegaskan bahawa semua pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan Universiti yang sedang berkuatkuasa dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika saudara/i melanggar peraturan tersebut.

Selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 2 sesi 2022/2023!

PERINGATAN KHAS UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2022/2023

3 Julai 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Saudara/i adalah DIINGATKAN untuk mematuhi peraturan dan tatatertib peperiksaan yang telah ditetapkan. Pihak Universiti amat memandang berat di atas kesalahan akademik seperti meniru, membawa masuk apa-apa dokumen/kertas ke dalam bilik peperiksaan, menulis apa-apa maklumat atau gambar rajah di mana-mana bahagian tubuh atau tangan atau pakaian dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu,tindakan tatatertib boleh diambil ke atas mana-mana pelajar yang ditangkap kerana kesalahan seperti di atas dan pihak Universiti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dan menjatuhkan hukuman maksima jika saudara/i didapati bersalah dalam melakukan penyelewengan akademik.

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 sesi 2022/2023!

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBRS. PROF. DR. AZLINDA AZMAN

26 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman di atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia yang berkuatkuasa 31 Mei 2023 sehingga 30 Mei 2025.

FINANCIAL WELL-BEING 2023 PROGRAMME

June 22, 2023 | University of Technology Malaysia.

On June 20, 2023, the Student Representative Council for the 2022/2023 session graciously extended an invitation to students for an enlightening event, the Financial Well-Being 2023 program. This program, proudly organized by the Employees Provident Fund (EPF) in collaboration with Bank Negara Malaysia, Bank Rakyat, and the Malaysian Financial Planning Council, aimed to empower attendees with invaluable knowledge.

Esteemed guests present at the Financial Well-Being 2023 program included Associate Professor Dr. Azlan bin Abdul Latib, the Director of the Student Activities and Development Division at the Deputy Vice-Chancellor’s Office (Student Affairs), Mr. Jaafar bin Endon, the distinguished Chief Branch Officer of EPF Johor Bahru, Mr. Mustafa Kamal bin Ishak, the capable Manager of the Southern Regional Office of EPF Johor Bahru, Ms. Norzehan binti Abdul Karim, the accomplished Manager of Bank Negara Malaysia (BNM) Johor Bahru, Mr. Kenny Tan, a respected Committee Member of the Malaysia Financial Planning Council (MFPC) Johor, Mr. Zainuddin bin Abdul Hamid, the competent Assistant Manager of the Bank Rakyat Taman Universiti Branch, and Ms. Nadratul Huda binti Ahmad, the esteemed Chairperson of the Student Representative Council at Universiti Teknologi Malaysia.

The Financial Well-Being 2023 program served as a valuable platform to raise awareness among students regarding financial planning and long-term financial goals. It was expertly facilitated by the Retirement Financial Advisory Service of EPF, led by the knowledgeable Ms. Nur Aimi Yahya, compelling session by Ms. Norzehan binti Abdul Karim & Mr Kenny Tan graciously shared insights about the Malaysian Financial Planning Council and its instrumental role in promoting financial literacy and well-being within society.

PINDAAN KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023 MELIBATKAN CUTI RAYA HAJI 1444H

21 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Dimaklumkan bahawa tarikh Cuti Raya Aidil Adha dalam Kalendar Akademik telah dipinda dari 28 Jun 2023 (Rabu) kepada 29 Jun 2023 (Khamis). Sesi pengkuliahan pada 28 Jun 2023 akan berjalan seperti biasa.

Merujuk kepada Pekeliling Akademik Bil. 3/2022, pelajar boleh memohon cuti tambahan perayaan melalui perbincangan dengan pensyarah yang berkaitan.

Pihak MPP ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar dan warga Universiti yang menyambutnya.

Sekian, harap maklum.

PEKELILING PELAJAR BIL. 3/2023 : PANDUAN PENGANJURAN PROGRAM BERBENTUK KONSERT/ HIBURAN / PERSEMBAHAN

21 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Dimaklumkan bahawa berikutan dari pemakluman terkini pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui surat bertajuk Arahan Pembatalan Aktiviti / Program / Berbentuk Konsert di Universiti Awam bertarikh 15 Jun 2023, pihak Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) memandang serius akan perkara ini dan telah bersetuju menambah baik Panduan Penganjuran Program Berbentuk Konsert / Hiburan / Persembahan.

Sehubungan itu, semua aktiviti berbentuk konsert / hiburan / persembahan yang akan dilaksanakan di peringkat dalaman atau luar Universiti hendaklah mendapatkan kelulusan pihak pengurusan Universiti dengan membuat pertimbangan risiko aksi luar jangka dengan melalui tapisan dan kelulusan pihak Pusat Islam, Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, Pejabat OSHE UTM dan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Semoga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak YBhg. Prof. Dato’/ Prof./Dr./Tuan/Puan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

PENJELASAN BERKENAAN DASAR PELAKSANAAN TAKWIM PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

12 Jun 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Untuk makluman mahasiswa/i, Jabatan Pendidikan Tinggi telah meneliti permohonan berkenaan dengan kelonggaran pemakaian Dasar Pelaksanaan Takwim Peperiksaan dan bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada UTM Johor Bahru untuk mengadakan peperiksaan pada hari Ahad manakala UTM Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Sehubungan dengan itu, kelonggaran ini berkuatkuasa mulai Semester 2 Sesi 2022/2023 dan hanya terpakai bagi penilaian peperiksaan akhir semester sahaja.

Sekian, terima kasih.

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PELAJAR UTM & PENYEDIAAN JADUAL PERANCANGAN AKTIVITI SESI 2023/2024

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) MEWAJIBKAN semua Persatuan Pelajar UTM yang berdaftar untuk menjalankan sesi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Pelajar & Pelantikan Jawatankuasa Baharu Persatuan Pelajar bagi sesi 2023/2024.

3. Bersama-sama ini disertakan Memo pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Pelajar UTM & template Jadual Perancangan Aktiviti Sesi 2023/2024 (program yang akan dijalankan pada bulan Oktober 2023 – September 2024) di pautan berikut

https://linktr.ee/persatuan_kelab

4. Adalah diingatkan supaya semua persatuan hendaklah melaksanakan dan menyerahkan dokumen yang diperlukan sebelum atau pada 30 September 2023 melalui pautan yang disediakan.

Pautan serahan dokumen :

a) Salinan minit mesyuarat & senarai jawatankuasa sesi 2023/2024 muatnaik dalam google form di https://linktr.ee/persatuan_kelab

b) Jadual Perancangan Aktiviti sesi 2023/2024 hendaklah di E-MEL kepada Pegawai Penyelaras Persatuan masing-masing. Adalah diingatkan semua aktiviti yang dirancang dalam jadual hendaklah di mohon dalam sistem UTMAcad bagi mendapatkan kelulusan.

5. Sekiranya pihak Persatuan Pelajar UTM tidak mengemukakan maklumat sepertimana di dalam jadual tersebut, maka Persatuan Pelajar UTM tersebut tidak akan diberikan peruntukan dan di anggap tidak aktif.

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Puan Siti Nazira : 013-7951159
Encik Mohd Iskandar : 011-21666456

Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Teknologi Malaysia

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

29 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Lawatan penanda aras yang telah dijalankan antara Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang ke Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung 9.00 pagi sehingga 5.00 petanag semalam. Misi utama lawatan penanda aras adalah bagi pengenalan struktur organisasi kedua-dua barisan MPP, pembentangan Parlimen Mahasiswa di peringkat universiti serta membincangkan pergerakan dan perancangan dalam menuju ke arah pemerkasaan mahasiswa.

Perbincangan berkenaan struktur organisasi MPP UTM dan MPP UMP terdapat beberapa perbezaan dalam kaedah kepimpinan tersendiri. Pelbagai juga isu yang telah dikongsikan antara kedua-dua barisan MPP berserta dengan strategi dalam mengatasi isu-isu tersebut bagi menambah baik strategi kepimpinan di peringkat universiti masing-masing.

Untuk makluman semua, UMP telah bergerak ke arah Pemerkasaan Mahasiswa di mana kuasa autonomi kepada mahasiswa telah diberikan oleh universiti mereka. Begitu juga dengan barisan MPP UTM di mana Saudari Nadratul Huda selaku YDP MPP UTM telah membentangkan modul yang telah dirangka dan akan digunakan sebagai strategi ke arah Pemerkasaan Mahasiswa.

Antara perkara yang dibincangkan adalah dengan pembentangan modul pemerkasaan mahasiswa dalam fakulti sebagai salah sebuah inisiatif daripada wakil mahasiswa untuk bergerak ke arah fasa kesatuan mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

HASIL PERBINCANGAN JABATAN KELESTARIAN KAMPUS MPP UTM BERSAMA UNIT RESIDEN

Pada 18 Mei 2023 (Khamis) Jabatan Kelestarian Kampus MPP UTM JB telah mengadakan satu perjumpaan bersama Unit Residen bagi mendapatkan beberapa maklumat terbaru yang diperlukan tentang kolej kediaman.

Hasil dapatan perjumpaan tersebut adalah seperti di ruangan komen.

Dimaklumkan bahawa para mahasiswa/wi tetap akan mendapat penempatan kolej kediaman walaupun beberapa kolej ditutup semasa sesi hadapan. Namun begitu, diingatkan kepada para mahasiswa/wi untuk sentiasa bergiat aktif di kolej kediaman masing – masing bagi mendapatkan penempatan di bawah Kuota Pelajar Aktif kolej kediaman bagi memudahkan urusan permohonan kolej kediaman semasa sesi hadapan.

1. Untuk makluman semua mahasiswa/wi, semua kolej kecuali Kolej Datin Seri Endon dan Kolej 9&10 akan ditutup bagi tujuan penggantian perabot. Oleh itu, sepanjang cuti semester, semua mahasiswa/wi yang akan menyewa di UTM perlu berpindah ke Kolej Datin Seri Endon atau Kolej 9&10 mengikut Notis Bilangan 3/2023 bertarikh 10 Mei 2023.

2. Mahasiswa/wi yang baru selesai Latihan Industri, Latihan Penyelidikan atau Latihan Mengajar (bagi sewaan bilik semasa Semester 2) perlu emelkan permohonan penempatan ke Unit Residen bagi tujuan tempahan bilik atau walk-in ke pejabat Unit Residen di Arked Angkasa.

3. Untuk makluman semua mahasiswa/wi, beberapa blok di Kolej Perdana akan diswastakan (Blok U7) dan akan ditutup bagi tujuan proses naik taraf bangunan. Manakala blok U5 akan dibuka kepada pelajar kanan prasiswazah, pascasiswazah dan pelajar antarabangsa. Blok U6 pula akan ditutup bagi tujuan proses naik taraf.

4. Terdapat 25 blok yang terbengkalai/ditutup pada semester ini akan kekal di tutup sehingga tahun hadapan (anggaran sehingga bulan Oktober 2024) bagi proses naik taraf bangunan.

5. Sebuah kafe akan dibuka di dalam kawasan Kolej Perdana pada bulan Julai.

6. Kadar caj sewaan bilik semasa cuti pendek antara semester akan diubah kepada RM1.00 – RM2.00 dan tidak lagi RM4.00 atau RM6.00 (tidak tertakluk semasa cuti panjang semester)

Sekian, terima kasih

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SITI NOOR AISYAH BINTI SHAHABUDDIN

18 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Siti Noor Aisyah Binti Shahabuddin di atas pencapaian yang membanggakan dan mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia di dalam Sukan SEA Kemboja 2023.

Saudari Siti Noor Aisyah memenangi pingat gangsa dalam acara sukan judo kategori bawah 70kg. Semoga pencapaian Saudari Siti Noor Aisyah menjadi pemangkin semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain untuk mengharumkan nama UTM di persada antarabangsa.

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF: MAHASISWA MADANI

Majlis Perwakilan Pelajar UTM akan menganjurkan Pertandingan Video Kreatif bertemakan Mahasiswa Madani bersempena dengan Minggu Kesedaran Tatatertib yang berfokuskan kesedaran peraturan tatatertib universiti dalam kalangan mahasiswa.

Sehubungan dengan itu, kami mengajak semua mahasiswa UTM untuk menyertai pertandingan ini dengan butiran berikut:

Tarikh Pendaftaran : 18 – 30 Mei 2023
Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/URzESDberWyqfTun6
Rubrik Pertandingan : https://drive.google.com/drive/folders/1-a_zp_lFVXSEEh6PXCCeVx1A_ZKD4-Ka

Hadiah menarik menanti anda!
🥇 RM 300
🥈 RM 250
🥉 RM 150
🏅 SAGUHATI RM 50 (7 tempat)

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR UTM
MERIT UTM DISEDIAKAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Anis +60 11 1063 4571
Najah +60 19 773 0526

OPEN REGISTRATION FOR THE INTERNATIONAL SPORTS FESTIVAL

ISS Pakistan in collaboration with ISS-India and ISS-Central is organizing a 4 Day Sports Festival from 31st May to 3rd June 2023. This sports festival is searching for those who are interested in the Badminton and Table Tennis Competitions. If you’re passionate about these sports, don’t miss out on the opportunity to showcase your skills on an international stage! To get started, simply have one member from your team complete the registration process.

Please bear in mind that participants can only engage in one activity at a time, allowing you to fully focus on either Badminton or Table Tennis. The registration fee for your team is RM 40, which is an incredible value considering the excitement and competition that awaits you. What’s more, this event is open to both male and female students of UTM, fostering a spirit of inclusivity and camaraderie.

📆 Date : 31st May, 23 – 3rd june, 23
⏰ Time : 10:00Am -8:00Pm
🏟️ Venue : UTM Badminton and Table Tennis Hall
‼️ Registration link : https://forms.gle/w5H2HNKz5mshuugi7

Exciting rewards and prizes are lined up for the winners. Registration is on a first-come, first-served basis. Participation is limited to 24 teams per game. Register now and prepare for an unforgettable experience where memories are made. See you on the courts!

Wish You Best of Luck!

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2023 PERINGKAT UTM

15 MEI 2023 | Universiti Teknologi Malaysia

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan sebuah forum bertajuk MADANI MEMBUGAR KEMAJUAN BELIA bersempena Program Sambutan Hari Belia Negara 2023 yang jatuh pada 15 Mei 2023 ini. Forum yang akan diadakan adalah secara dalam talian di mana tetamu jemputan bagi forum terdiri daripada panel khas iaitu Saudara Muhammad Hazwan Hakim Bin Haznan, Presiden Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bersama Veveonah Mosibin, pelajar daripada Universiti Malaysia Sabah. Berikut merupakan ketetapan forum:

▪️ Masa/Hari: 9.00 pagi – 10.30 pagi (Isnin)
▪️ Tarikh: 15 Mei 2023
▪️ Link pautan: https://www.facebook.com/events/1025793338406098

Mahasiswa dan Mahasiswi dijemput untuk menonton siaran langsung forum bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara 2023 peringkat Universiti Teknologi Malaysia di laman sesawang live Facebok MPP UTM. Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2023.

#INIMASAKITA

Peserta yang hadir akan dapat:
⭐️ Merit
⭐️ E-Sijil

Sekian,terima kasih.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YBRS. PROF. TS. DR. EDY TONNIZAM

13 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Teknologi Malaysia yang berkuatkuasa 15 Mei 2023 sehingga 14 Mei 2026.

Ikhlas daripada
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.

See translation

KURSUS PENGURUSAN IMEJ, PROTOKOL DAN ETIKET

8 Mei 2023 | Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan program untuk menggilap imej korporat dalam kalangan pemimpin dari kelab dan persatuan di UTM. Sehubungan dengan itu, pihak MPP UTM juga telah menjemput penceramah iaitu Encik Sophian Abdul Rahman selaku Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M52 bagi menyampaikan ceramahnya.

Seramai 16 orang peserta yang telah menghadiri program ini termasuklah daripada Kelab Diabolo UTM, Kelab Sains Inovasi Teknologi Sukan, Pesta Tanglung Universiti Teknologi Malaysia, Persatuan Mahasiswa Pendidikan, Gas Engineering Students’ Society dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTDI, KTHO, KTC, KP, KTR, dan K9K10. Turut bersama adalah barisan MPP UTM dan Pegawai HEP telah menyertai kursus tersebut dan memperoleh pelbagai ilmu baharu dalam pengurusan imej korporat, protokol dan etiket ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.

Sekian,terima kasih.

KUMPOOL IN UTM

Kumpool service now at SKUDAI! 🥳🚌 Enjoy promotional fare as low as #RM1 only around Kumpool service locations from NOW! 😍

Which area can be booked?
📍UTM Shields
📍U Mall Main Island
📍TUTA Bus Terminal & Taxi
📍AEON University Park and many more!

The operation period is from 7.30am until 7.30pm!

Your commute is now faster & more efficient with kumpool! 👍🏼 What are you waiting for?

Download the #kumpoolapp 📱 and book now.

Browse
https://www.kumpool.com.my/ for more information!

#kumpoolride #yourcommunityride #kumpoolfam #ridepool #travel #publictransportation #skudai #johorbahru

PENANGGUHAN PELAKSANAAN KAMPUS TERBUKA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.3/2023 pada 07 Februari 2023 telah bersetuju menangguhkan pelaksanaan Kampus Terbuka di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru.

Penangguhan pelaksanaan ini akan melibatkan pembukaan semula jalan yang ditutup seperti berikut:
i. Susur masuk ke Bangunan F53 dan F54 dari Jalan Universiti
ii. Jalan Stadium ke Lingkaran Ilmu
iii. Jalan Stadium ke Jalan Kempas 1
iv. Jalan Kolam Air ke Jalan Kempas 1
v. Pembukaan Pembahagi Jalan di Tasik Ilmu

Penangguhan ini juga akan melibatkan pos penempatan pengawal dikembalikan ke lokasi asal.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar UTM berharap agar seluruh warga Universiti untuk mengambil maklum berkaitan perkara ini. Penangguhan pelaksanaan Kampus Terbuka akan berkuat kuasa dari tarikh Pekeliling Pentadbiran ini dikeluarkan.

Pekeliling Pentadbiran ini membatalkan Pekeliling Pentadbiran Bil.44/2022 bertarikh 13 November 2022 berhubung Pelaksanaan Kampus Terbuka di Universiti
Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

PROGRAM JOM BALIK RAYA 2023 ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTM & PERSATUAN-PERSATUAN ANAK NEGERI

18 April 2023 | Padang Kawad, Universiti Teknologi Malaysia.

Jabatan Kebajikan Mahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama UTM Fleet serta persatuan- persatuan anak negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Program Jom Balik Raya pada cuti bersempena hari raya Aidilfitri kelak. Destinasi yang dituju pada tarikh tersebut adalah *Zon Utara dan Zon Pantai Timur*

Untuk makluman mahasiwa/wi, terdapat 4 laluan yang ditawarkan seperti berikut:

*Laluan 1: UTM – TERENGGANU (LALUAN PANTAI)*
*Laluan 2: UTM -KOTA BHARU (LPT2)*
*Laluan 3: UTM – ZON TENGAH*
*Laluan 4: UTM – ZON UTARA*

Sekian, terima kasih.

SESI KUNJUNG HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Pada 2 April 2023, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam bersama Jabatan Akademik dan Antarabangsa telah mengadakan sesi kunjung hormat bersama Dekan Fakulti iaitu Prof. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, Prof. Madya Dr. Suhaimi bin Abu Bakar selaku Timbalan Dekan Akademik, Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli selaku Pengarah Space, Ir. Dr. Noor Nabilah Binti Sarbini selaku Pengarah Jabatan Struktur dan Bahan dan Prof. Madya Ts. Dr. Nor Zurairahetty Binti Mohd Yunus selaku Pengarah Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan.

Antara isu yang dibincangkan :
– Menambahkan kapasiti kerusi dan meja di student lounge
-Tindakan/strategi daripada pihak pentadbiran FKA untuk membantu mahasiswa/i yang lemah dari segi akademik dan mendapat pointer 2.00 kebawah.
-Isu tandas dan kelas yang mempunyai beberapa kerosakan.
-Pembukaan semua perpustakaan FKA selama 24 jam
-Keputusan bagi tinjauan mod pembelajaran pada minggu ke-5 bagi FKA iaitu pada hari rabu dan khamis kekal mengikut keputusan TNCAA. Walaubagaimanapun, mod pembelajaran pada hari Ahad hingga Selasa adalah tertakluk kepada budi bicara pensyarah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT YANG DI-PERTUA

Sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Saudari Nadratul Huda Binti Ahmad di atas pelantikan sebagai Speaker Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Sesi 2022/2023.

Semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat dijalankan dengan telus dan membawa perubahan positif. Selamat berkhidmat!

KUNJUNGAN HORMAT MPP FSSH KEPADA DEKAN DAN PENGURUSAN FSSH

Tarikh: 10 April 2023
Masa: 10.30 am
Penglibatan bersama: Danial Hakim, Jabatan Akademik dan Antarabangsa

Majlis Perwakilan Pelajar yang bertanding di kerusi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah melakukan kunjungan hormat kepada pihak Dekan dan Pengurusan FSSH buat pertama kali selepas watikah pelantikan pada 14 Mac 2023.

Dalam kunjungan hormat tersebut, beberapa perkara telah dibentangkan dan dibincangkan termasuklah:

1. Manifesto yang bakal dilaksanakan oleh MPP FSSH.
2. Inisiatif dan projek yang dirancang sehingga Disember 2023, dengan penglibatan persatuan pelajar.
3. Isu fasiliti dan isu persatuan yang bernaung bawah FSSH (SMART, PSYCHIC dan PMP)

Selari dengan hasrat Dekan, Prof. Dr. Arieff Salleh, perbincangan dua hala yang berlaku diharapkan menjadi titik permulaan sinergi antara pihak pengurusan dan MPP serta para pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Pihak Pengurusan FSSH juga sudi dan terbuka untuk menyokong gerak kerja dan perancangan pada masa hadapan.

SUMBANGAN BANTUAN KEPADA MAHASISWA/I MISKIN TEGAR YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ingin memberikan sumbangan kepada pelajar UTM yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mencari 20 orang pelajar daripada Tahun 1 atau Tahun 2 miskin tegar yang kurang berkemampuan.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
✔︎ Pelajar Tahun 1 atau Tahun 2 miskin tegar yang kurang berkemampuan
✔︎ Beragama Islam

Sekiranya anda ingin memohon, sila isi pautan di bawah sebelum jam 12 tengah hari bersamaan 12 April 2023:
https://forms.gle/d1cctBQ3HiwscvAo7

Kerjasama dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI

Pada 6 April 2023, barisan Majlis Tertinggi daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia bersama beberapa mahasiswa yang terpilih telah menghadiri majlis berbuka puasa bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dengan YAB Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakyat dan mahasiswa universiti awam. Sehubungan dengan itu, barisan MPP UTM berpeluang juga untuk berkenal kenalan bersama barisan MPP dan mahasiswa daripada universiti awam yang lain.

Semoga dengan penglibatan mahasiswa yang datang dari berbeza negeri di bawah bumbung yang sama ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah bersama saudara/i.

SESI TOWNHALL BERKAITAN AUKU 1971 ANJURAN BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK JABATAN PENGAJIAN TINGGI

Putrajaya, 6 April 2023
Sejajar dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, satu sesi Townhall AUKU 1971 telah disempurnakan oleh beliau di Dewan Za’ba Kementerian Pendidikan Tinggi bersama para wakil pemimpin pelajar, pegawai-pegawai universiti dan wakil dari pihak kementerian.
Seramai 14 orang delegasi perwakilan barisan kepimpinan pelajar UTM yang terdiri daripada dua orang pegawai, En Mohamed Nabil selaku Penolong Pendaftar Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (JTNCHEP) dan En Mohd Iskandar Ishak selaku Pembantu Pegawai Tadbir JTNCHEP serta wakil barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Anak Negeri, Majlis Presiden Kolej Kediaman, Gerakan Mahasiswa dan Revolusi Penggerak.

Objektif sesi ini diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan sudut pandang berkenaan AUKU 1971 terhadap usaha untuk memperhalusi setiap fasal berkenaan akta ini sekali gus dapat membantu dalam proses penambahbaikan dan pindaan yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara menyeluruh.
Sesi taklimat Townhall ini disampaikan oleh Dr. Khairul Anwar Che Azmi, Penasihat Undang-undang Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjelaskan segala aspek yang terkandung dalam akta ini termasuklah sejarah, kandungan, pindaan dan hala tuju AUKU.
Kami berharap agar sesi ini dapat menjadi ruang dan medium kepada seluruh warga IPT untuk lebih memahami dan mendokong usaha pihak KPT untuk memperkasakan mahasiswa dalam setiap aspek.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA DI MASJID AL-
JAWAHIR MUTIARA RINI

Pada 7 April 2023, seramai 10 orang barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini sempena bulan Ramadan seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 April 2023 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini

Semoga dengan penglibatan barisan Majlis Perwakilan Pelajar ini dapat mengeratkan ukhuwah bersama komuniti setempat.

Sekian, terima kasih.

SUKARELAWAN PEMBUNGKUSAN SUMBANGAN AIDILFITRI YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH

Pada 7 April 2023, seramai 10 orang barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia telah melibatkan diri dengan program kesukarelawanan yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Raja Zarith Sofiah (YRZS) bagi sesi pembungkusan pek Sumbangan Aidilfitri dengan kerjasama para sukarelawan YRZS seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 7 April 2023 (Jumaat)
Masa : 9:00 malam – 11:00 malam
Tempat : Pusat Gelandangan Masjid Taman Perling

Selain itu, pihak yayasan berbesar hati untuk memberikan baju YRZS, sijil serta makanan kepada sukarelawan yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

MISI BANTUAN KEPADA PELAJAR YANG TERKESAN DENGAN BANJIR

Pada 15 Mac 2023 yang lalu, barisan Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 bersama Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib, Pengarah Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEP) serta 5 orang pegawai dari Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar telah mengunjungi lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan rumah pelajar UTM yang terkesan dengan banjir baru-baru ini di Parit Sulong, Johor.

Beberapa beg Bantuan Bakul Rahmah telah disampaikan kepada wakil PPS di Sekolah Menengah Agama Parit Sulong (SMAPS) bagi membantu mangsa yang terkesan dengan banjir semasa mereka di PPS.

Beg Bantuan Bakul Rahmah bersama wang bantuan juga telah disampaikan oleh saudari Nadratul Huda binti Ahmad, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 kepada pelajar yang terkesan dengan banjir bagi mengurangkan beban dalam proses pasca banjir.

Bantuan Bakul Rahman ini merupakan inisiatif MPP dalam membantu pelajar UTM yang terlibat dengan banjir pada awal bulan Mac yang lalu. Selain itu, MPP juga mengambil inisiatif untuk memberi bantuan kewangan kepada 100 orang pelajar yang terkesan dengan banjir ini. Inisiatif-inisiatif ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban pelajar yang terkesan bagi mereka menguruskan serta mengatur semula persediaan mereka sebelum kemasukan semester II.

Diharapkan misi bantuan banjir ini dapat membantu pelajar yang terkesan serta terus bersemangat dan tabah dengan ujian yang telah menimpa.

Sekian, terima kasih.

PAKISTAN DAY CELEBRATION AND IFTAR

Last March 27th , Muhammad Hakim, the first deputy president of the UTM Student Representative Council, had the chance to consider an invitation for the Pakistan Day Celebration and Iftar with them. Asim Siddique, President of ISS UTM Central and President of ISS UTM Pakistan, Nurul Hazimah Kamsaini, President of UTM Global Buddies, and Dr. Ahmad Fadhil, Manager of UTM International (UTMI), all attended the ceremony, which was organised by the International Student Society (ISS) Pakistan at the Sultan Ibrahim Chancellor Building Banquet Hall, UTM Johor Bahru.

The purpose of this event is to offer Pakistani students a chance to participate in the nation’s annual March 23 national holiday. The celebration’s “We are One” subject perfectly captures the desire to instill a sense of national unity in all UTM students, regardless of their national heritage.

In his address, Dr. Ahmad Fadhil expressed the hope that a variety of cultural and artistic events could be planned in collaboration with nearby student groups and organisations in an effort to forge close bonds and learn about various distinctive cultures from around the world.

It is hoped that holding a ceremony like this can provide UTM residents with the finest venue for sharing in a variety of festivities, fostering goodwill among UTM residents.

KUNJUNG HORMAT MPP FAKULTI SAINS DAN JABATAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA BERSAMA DEKAN FAKULTI SAINS

Pada 28 Mac 2023, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Sains bersama Jabatan Akademik dan Antarabangsa telah membuat kunjung hormat bersama Dekan Fakulti Sains, Prof. Chm. Dr. Zaiton binti Abdul Majid untuk memperkenalkan diri serta membangkitkan beberapa isu.Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang kebersihan di kawasan fakulti & fasiliti yang boleh ditambah baik serta perkembangan terkini tentang pembinaan yang berada di C17 Fakulti Sains.

Pihak Dekan juga menyatakan kebimbangan tentang keputusan akademik pelajar di Fakulti Sains dan telah berbincang cadangan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keputusan akademik pelajar dan meningkatkan pemasaran graduan Fakulti Sains.

Sekian, harap maklum.

AGIHAN PEK SAHUR SEPANJANG BULAN RAMADAN

Sempena bulan ramadan yang penuh barkah, Majlis Perwakilan Pelajar telah mewujudkan satu inisiatif untuk mengagihkan pek sahur kepada mahasiswa/i di UTM bertempat di Rumah Aktiviti Pelajar, Kolej 9. Majlis Perwakilan Pelajar sangat cakna terhadap kebajikan mahasiswa/i memandangkan peratusan pelajar yang terdiri daripada golongan B40 adalah sebanyak 60%.

Dengan wujudnya inisiatif seperti ini, pihak Majlis Perwakilan Pelajar berharap dapat inisiatif ini dapat meringankan beban golongan mahasiswa/i dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan mulia ini.

Sekian, terima kasih.

KURSUS PEMANTAPAN MAHASISWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PERINGKAT UNIVERSITI AWAM

Pada 25-27 Mac, Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTM telah mengikuti Kursus Pemantapan Mahasiswa MPP dan JPMPP Peringkat Universiti Awam di Cameron Highlands. Kursus ini telah disertai oleh 19 buah universiti awam dan telah dianjurkan oleh Sekretariat Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti – Universiti Malaysia (MAKLUM).

Kursus ini turut melibatkan sesi bersama Pengerusi Sekretariat MAKLUM; Profesor Dr Azlinda Azman merangkap TNC HEPA USM. Kursus ini menekankan prospek pembangunan mahasiswa secara syumul dan kamil di samping perkongsian pendapat antara MPP serta JPMPP UA dalam memastikan agenda ini dicapai oleh tiap-tiap universiti awam.

Salah satu pesanan Prof Azlinda ialah sebagai seorang pemimpin, kita perlu meraih kepercayaan dengan turut turun padang melakukan kerja bersama-sama dengan yang lain.

Sekian,terima kasih.

SESI KUNJUNG HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Pada 27 Mac 2023, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sesi 2022/2023 bersama Jabatan Akademik dan Antarabangsa telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, iaitu Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zaini Ahmad selaku Dekan fakulti dan Pn. Sumi selaku Timbalan Pendaftar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Tujuan sesi kunjung hormat diadakan adalah untuk memperkenalkan Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sesi baharu 2022/203 bersama pihak fakulti.
Sesi pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam ini telah membincangkan pelbagai isu berbangkit daripada mahasiswa/wi fakulti serta bertukar dan berkongsi idea.Antara isu yang diberi perhatian ialah dari segi kerosakan penghawa dingin di bilik kuliah bangunan fakulti.

Di kesempatan ini juga, Jabatan Akademik dan Antarabangsa Majlis Perwakilan Pelajar telah menyerahkan kertas kerja cadangan usul kelas atas talian sebelum raya. Perkara ini perlu diberi perhatian mendalam bagi menjaga kebajikan mahasiwa/wi dalam urusan balik raya nanti agar tidak membebankan mereka dengan masalah kesuntukan masa untuk pulang, kehabisan tiket bas dan sebagainya. Pihak fakulti telah menerima kertas kerja cadangan ini dan menyambut baik inisiatif yang dibawa oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar.

Sekian,terima kasih.

SESI KUNJUNG HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA DAN KEJURUTERAAN TENAGA

Pada 27 Mac 2023, Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga sesi 2022/23 bersama Jabatan Akademik dan Antarabangsa telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat Dekan Fakulti iaitu Prof. Dr. Rahmat Mohsin selaku Dekan FKT, Prof. Dr. Aznizam Abu Bakar selaku Timbalan Dekan Akademik, Dr. Hajar Alias selaku Pengarah Jabatan Kejuruteraan Kimia dan En. Abdul Khalil Abdollah selaku penyelaras IT.

Pertemuan ini telah membincangkan tentang isu balik raya, penyediaan bilik khas untuk persatuan FKT, kemaskini proses Student’s Lounge di kawasan fakulti dan masalah wifi yang tidak mencukupi di seluruh bangunan FKT. Penyerahan kertas cadangan telah diserahkan untuk tindakan selanjutnya. Segala keputusan dan tindakan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

PROGRAM PENDIDIKAN MENGUNDI DENGAN KERJASAMA AKADEMI PILIHAN RAYA, SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Pada 20 Mac 2023, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan program mengundi yang melibatkan Jawatankuasa Kolej Mahasiwa (JKM) dari setiap kolej kediaman, Kelab Permata, Kelab Iqra, Kelab Geoinformatik UTM, Biomedical Engineering and Health Sciences Society (BIOMEHS), Kelab Pendidikan Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa Pendidikan, Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA), Kelab SRC dan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) berdi Dewan Resak , Kolej Tun Dr. Ismail.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Bin Abdul Latib. Majlis juga dihadiri oleh barisan pegawai HEP bersama Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Lt Kol Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan. Sehubungan dengan itu, program pendidikan mengundi tersebut juga dihadiri oleh wakil rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu En. Nor Nekman bin Jaimon diiringi 5 orang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

Majlis diketuai oleh Penolong Pengarah (Pendidikan Mengundi), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia iaitu En. Amar Soufwan bin Morazuki bagi menyampaikan ceramah beliau kepada mahasiswa/i tentang pendidikan mengundi.

LAWATAN MUHIBBAH MPP UC TATI KE UTM 

Majlis Perwakilan Pelajar UTM telah menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar UC TATI selama 2 hari. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh 13 orang Majlis Perwakilan Pelajar UC TATI bagi mengukuhkan hubungan korporat antara MPP UTM dan MPP UC TATI.

Lawatan Muhibbah ini bertujuan sebagai platform dalam pertukaran informasi atau maklumat di antara dua institusi pengajian yang berbeza dari segi demografi dan pengurusan. Di samping itu, pada tarikh 17 Mac 2023 sebuah sesi perbincangan dua hala dan majlis penutup telah dijalankan di Dewan Senat Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Dalam perjumpaan tersebut telah dibentangkan tentang isu-isu gejala sosial dalam kalangan mahasiswa di setiap universiti. Perbincangan yang efektif dan menyeluruh dalam usaha membendung isu gejala sosial ini telah pun diajukan dan disuarakan oleh kedua dua institusi pengajian dalam sesi perbincangan dua hala tersebut.

Majlis penutup yang berlangsung pada jam 11 pagi dihadiri oleh barisan HEP dan turut dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Bin Abdul Latib. Semoga usaha MPP UC TATI dan UTM dalam menimba ilmu baharu sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T.

NOTICE ON OPERATION TIME & CURFEW FOR ENTRANCE GATE
UTM JOHOR BAHRU IN THE MONTH OF RAMADHAN, 2023

In conjunction with the month of Ramadhan 2023, the Security Division of UTM has decided to make changes to the entrance gate operation times.

We are pleased to remind students that the respective time for each gate to be opened and closed has been specified as shown in the posters.

The changes are effective from 22 March 2023 until 21 April 2023.

Students are reminded to follow the SOPs for Covid-19 prevention

Students who do not comply with the rules and regulations are subject to disciplinary actions as stated in Universiti Teknologi Malaysia (Discipline of Students) Rules 1999

Thank you.

NOTIS PEMBERITAHUAN WAKTU OPERASI PREMIS MAKANAN DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MAKANAN PADA BULAN RAMADAN

Berikut merupakan notis pemberitahuan bagi mahasiswa/i untuk mengambil maklum tentang waktu operasi premis dan aktiviti perniagaan sepanjang bulan ramadan.

Waktu Operasi Bermula : 3.00 PETANG HINGGA 1.00 PAGI

Pelajar yang bukan beragama islam boleh mendapatkan makanan di lokasi arked yang tertera bermula pada jam 1.00 petang.

Sebarang aduan boleh diajukan melalui pautan berikut :
https://forms.gle/twThA7ss8iihww8Z9

Sekian, terima kasih.