DEPARTMENT OF ACADEMIC AND INTERNATIONAL

The Department of Academic is superintendent in delivering academic updates to the students by being a mediator between students and management to ensure the highest possible standards of excellence is delivered.  Our department also welcomes any clubs or societies that can bring a huge impact on students’ academic performance. 

MEET OUT TEAM MEMBERS

ACADEMIC AND INTERNATIONAL

Regardless of the semester being conducted fully online and with limited movements, we ensure that our department will always give the best to make sure all the problems aced by students are solved.

“Student welfare is our priority”

NG WEI FENG

HEAD OF DEPARTMENT

DANIAL HAKIM BIN AHMAD MUHAIMIN

EXCO

LATEST INFORMATION

Access the most up-to-date information here for the latest insights on the topic.

PENGISYTIHARAN CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN PASUKAN JOHOR DARUL TAKZIM MENJUARAI PIALA FA MALAYSIA

22 Julai 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Johor telah mengisytiharkan cuti peristiwa bertarikh 23 Julai 2023 iaitu pada hari Ahad di seluruh negeri Johor bagi meraikan kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Piala FA 2023.

Sehubungan dengan itu, segala urusan dan program-program lain yang telah dirancang lebih awal perlu diteruskan seperti biasa.

Ini bermaksud peperiksaan akhir semester bertarikh 23 Julai (Ahad) juga tetap dijalankan seperti yang telah dijadualkan.

Sekian, terima kasih.

SESI KUNJUNG HORMAT BERSAMA JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa. Kunjung hormat ini dihadiri oleh barisan Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 bersama YBrs. Profesor Sr Dr Hishamuddin Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia dan Puan Hanifah selaku Timbalan Pendaftar Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan MPP sekali gus melibat uruskan MPP bersama Jabatan Timbalan Naib Canselor Akademik danAntarabangsa.

Beberapa isu berbangkit yang berkait rapat dengan Jabatan Akademik telah dibentangkan dan dibincangkan bersama. Prof Hishamuddin juga telah menyambut baik inisiatif MPP ini dan bersetuju untuk mengeluarkan surat pekeliling akademik berkenaan cuti Hari Raya Aidilfitri. Namun, sokongan JTNCAA ini juga masih bergantung kepada keputusan fakulti untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kami berharap agar usaha MPP ini dalam mendapatkan keputusan dapat memudahkan para mahasiswa/wi untuk membeli tiket serta pulang ke kampung bagi menyambut
Hari Raya Aidilfitri. Kami berusaha untuk berunding dengan semua pihak supaya keputusan yang dibuat tidak memudaratkan mana mana pihak baik mahasiswa/wi mahupun universiti.

Prof Hishamuddin juga sempat berpesan supaya dipanjangkan kepada semua warga UTM, peganglah dan amalkan lah sentiasa nilai adab dan keihsanan. Beliau juga turut berpesan supaya moto UTM; kerana Tuhan untuk manusia perlulah diamalkan sepanjang kehidupan waima sudah bergraduasi.