Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971, Akta 30) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 27 April 1971.

AUKU juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.

Terdapat hanya dua seksyen sahaja yang secara khusus memperuntukkan aspek mahasiswa iaitu seksyen 15 dan 16 termasuk Perkara 48 Jadual Pertama yang menyebut aspek Majlis Perwakilan Pelajar. Aspek inilah yang perlu difokus dan dipinda secara terbuka dan fleksibel bagi meneruskan perjuangan di peringkat mahasiswa terutamanya pemberian kebebasan serta autonomi sepenuhnya kepada mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.