Baru-baru ini telah tular mengenai isu ketidaklulusan program Jelajah Mansuh AUKU bertajuk Intern Bukan Buruh Paksa yang diketuai oleh YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman pada 30 Mac di UiTM Shah Alam.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM) ingin menyatakan pendirian kami terhadap isu ini. MPP UTM bersifat terbuka untuk menerima mana-mana program mahupun dialog yang melibatkan ahli politik. Ini adalah selaras dengan komitmen YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dalam memperkasa mahasiswa melalui penglibatan mahasiswa dalam politik sama ada di luar mahupun di dalam kampus yang mana YBM memberi keterbukaan untuk mana-mana diskusi selagi mana memberi manfaat buat semua pihak terutamanya mahasiswa.

Namun, kami percaya dan berpendirian bahawa setiap program mahupun sesi dialog yang ingin dianjurkan oleh mana-mana pihak perlulah mengikut tatakelola dan prosedur universiti masing- masing selaras dengan perlembagaan mahupun buku peraturan universiti. Hal ini kerana kelulusan program dalam kawasan universiti adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Naib Canselor dan pihak universiti. Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia, Buku Peraturan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara mengenai perihal ini.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.