Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia mengambil maklum akan sebuah klip video yang tular di media sosial baru-baru ini berkaitan isu penutupan kafe di sebuah universiti tempatan selepas cuti perayaan Aidilfitri. Isu tersebut telah menyebabkan para pelajar sukar untuk mendapatkan bekalan makanan harian.

Selain itu, sekiranya terdapat mana-mana kafe yang masih tidak beroperasi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan, pihak MPP UTM memohon kerjasama mahasiswa agar segera membuat laporan rasmi kepada kami bagi siasatan dan tindakan yang lebih lanjut oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap mana-mana peniaga yang berkenaan. Mahasiswa boleh terus menghubungi pihak MPP UTM untuk mendapatkan bantuan mahu pun membuat laporan melalui mana-mana saluran rasmi MPP atau terus kepada pihak

Jabatan Kebajikan Mahasiswa MPP UTM;

Saudari Anis Shafiqah (011-1063 4571), Saudari Najah Fauzi (019-773 0526) dan Saudara Farhan Ashraf (017-827 8676).

Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.