DEPARTMENT OF SPORTS AND CULTURAL

The mission of the Department of Sports & Culture is to promote a safe, secure and healthy lifestyle for students by introducing sport and culture intellect without neglecting studies. We even strive to increase the accessibility of sport and culture in its contribution to the achievement of Student Unity & Development Plan’s goals which is nation-building, social cohesion and a healthy lifestyle.

MEET OUT TEAM MEMBERS

DEPARTMENT OF SPORTS AND CULTURAL

“We all share the benefits of a healthy and safe workplace”  

NG WAI JUN

HEAD OF DEPARTMENT

MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN MUSTAPAR

EXCO

LATEST INFORMATION

Access the most up-to-date information here for the latest insights on the topic.

TOWNHALL SUKAN 1.0

18 Mei 2023 | Universiti Teknologi Malaysia.

Pada 18 Mei, Kelab Inovasi Sains dan Teknologi Sukan (KSITS) telah berjaya menganjurkan Program Sukan Townhall 1.0 dengan kerjasama Jabatan Sukan dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar. Townhall ini bertujuan untuk membina hubungan baik dan ikatan silaturrahim yang kukuh di antara pihak Pengurusan UTM, Pemimpin Pelajar dan mahasiswa berkaitan bidang sukan. Bukan itu sahaja, semua pelajar diberi peluang untuk menyuarakan permintaan ataupun pertanyaan kepada pihak atasan untuk memperoleh pencerahan dan penjelasan yang tepat berkaitan sukan.

Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib, Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar dan beliau juga sebagai salah satu panel untuk townhall ini. Panel lain yang turut hadir adalah Tuan Haji Armadi bin Ahmad, Pengarah Pusat Kecemerlangan Sukan, Prof. Sr. Dr. Maimunah binti Sapri, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset dan Dr. Diyana Zulaika bin Abdul Ghani, Penyelaras Sains Sukan. Tambahan pula, Ketua Jabatan Sukan dan Kebudayaan Sdr. Ng Wai Jun merupakan moderator bagi program townhall ini.

Isu yang telah dibincangkan dalam Townhall tersebut mengandungi
Perancangan penambahbaikan fasiliti sukan
Cabaran dalam mewujudkan fasiliti sukan yang lengkap
Langkah dan cadangan kearah Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaaan Kategori Kepimpinan Sukan
Kaedah Sains sukan diaplikasikan kepada atlet bagi meningkatkan prestasi
Cadangan untuk mewujudkan Fakulti Sains Sukan
Peruntukan atlet bagi persediaan atau penyertaan ke kejohanan sukan

Kesimpulannya, Jabatan Sukan dan Kebudayaan berhasrat untuk terus mengambil inisiatif dalam pemerkasaan dan pembangunan sukan di UTM dan kami bersiap sedia untuk menerima sebarang persoalan atau aduan dari semua pihak agar semua kebajikan pelajar terjamin.

#InnovatingSolution
#TownhallSukan
#SukanBeliaMemacuKegemilangan