

Sebelas sukan dan permainan yang telah dilaksanakan iaitu dimulakan dengan majlis perasmian program, olahraga, futsal, bola tampar, sepaktakraw, catur, ragbi 7’s, bola jarring, petanque, ping pong, badminton dan bola keranjang dan diakhiri dengan majlis penutup program. Program ini bertujuan untuk melahirkan para mahasiswa dan mahasiswi yang berkebolehan dan berpotensi dalam bidang sukan di samping mewujudkan gagasan integrasi yang baik antara mahasiswa dan mahasiswi tanpa batasan bangsa dan agama. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) iaitu Prof. Dr. Durrishah Bt. Idrus. Majlis penutup program telah diadakan di Sport Hall 1.
Pada 15 November 2019, peserta yang terlibat dengan permainan futsal wanita, bola tampar, sepaktakraw dan catur berkumpul di venue masing-masing pada pukul 7.00 pagi untuk sesi pendaftaran. Pada pukul 7.30 pagi, mereka telah diterangkan mengenai peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pada pukul 8 pagi, permainan tersebut dimulakan dan berakhir sehingga mendapat keputusan no. 3, naib juara dan juara. Pada 16 November 2019, peserta bagi Iacara sukan olahraga, futsal lelaki, ragbi 7’s dan bola jarring telah berkumpul di venue masing-masing pada pukul 7.30 pagi. Mereka kemudian diberi sedikit taklimat mengenai peraturan setiap permainan dan kemudian permainan tersebut berlangsung pada tepat 8 pagi dan berkahir sehingga permainan tamat. Pada pukul 9 malam, berlangsungnya majlis perasmian UTM Games 2019 di Stadium Azman Hashim yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) iaitu Pro. Dr. Durrishah Bt. Idrus. Setiap kolej menghantar kontingen perbarisan untuk turut bersama-sama memeriahkan majlis perasmian dengan adanya perarakan perbarisan kontingen bagi memperkenalkan motto, misi dan visi setiap kolej. Seterusnya, pada 17 November 2019 sehingga 21 November 2019, peserta yang menyertai acara sukan petanque, ping pong, badminton dan bola keranjang (3 on 3) telah berkumpul di venue masing-masing untuk sesi pendaftaran mengikut waktu yang telah ditetapkan serta taklimat mengenai peraturan permainan. Bagi badminton dan ping pong, waktu pendaftaran bagi pasukan wanita adalah pukul 2.30 petang manakala bagi pasukan lelaki pula adalah pukul 7.30 malam. Bagi bola keranjang dan petanque pula, pendaftaran pukul 2.30 petang. Permainan bermula setengah jam selepas waktu pendaftaran. Sukan tersebut telah berlangsung selama 5 hari kerana tidak mahu mengganggu waktu kelas. Pada 22 November 2019, majlis penutup dilangsungkan pada pukul 3 petang di Sport Hall 1 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) iaitu Prof. Dr. Durrishah Bt. Idrus. Tambahan pula, pada 19 November 2019, peserta yang terlibat dengan acara sorakan berkumpul di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein On (KTHO) pada pukul 8 malam untuk sesi pendaftaran. Pada pukul 8.30 malam, acara sorakan bermula dengan pasukan kolej yang telah dibuat undian untuk mendapatkan giliran persembahan dan berakhir pada pukul 11 malam.
