JAWATANKUASA MAHASISWA (JKM) KOLEJ

Penubuhan Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) Kolej di setiap kolej kediaman Mahasiswa adalah bertujuan untuk menjalankan program berbentuk kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian dan aktiviti di kalangan sesama penghuni kolej atau masyarakat umum.  JKM dibentuk di bawah kawal selia  Pengetua dan Felo di setiap Kolej.  Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menggalakkan integrasi kaum, pembangunan sahsiah, dan bimbingan akademik mahasiswa.  JKM dibentuk mengikut kapasiti Kolej masing-masing seperti berikut:-Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM)

KAMPUS UTM JOHOR BAHRU:-

  1. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Rahman Putra (JKM KRP)
  2. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Fatimah (JKM KTF)
  3. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR)
  4. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO)
  5. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI)
  6. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKM KTC)
  7. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Perdana (JKM KP)
  8. Jawatankuasa Mahasiswa K9K10 (JKM K9&10)
  9. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Datin Seri Endon (JKM KDSE)
  10. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Dato’ Onn Jaafar (JKM KDOJ)

KAMPUS UTM KUALA LUMPUR:-

  1. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ)
  2. Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Luar Kampus (JKM LK)