Kelab Badan Dakwah & Rohani (BADAR) adalah merupakan salah satu kelab bawah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9&10 yang bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan program kerohanian bagi penghuni Kolej 9&10. Terdapat beberapa objektif kelab BADAR ditubuhkan antaranya ialah:

  1. Untuk meningkatkan syiar Islam
  2. Pelajar dapat merancang dan memimpin sebuah badan berteraskan agama di alam universiti
  3. Melatih menjalankan kegiatan keagamaan dan dakwah Islamiah di dalam lingkungan kolej dan kampus
  4. Melatih pelajar mengurus dan merekod kegiatan secara sistematik
  5. Menyemarakkan program-program kebudayaan Islam
  6. Pembudayaan ilmu sebagai nadi kecemerlangan akademik

Visi:

Membina suasana Islam dalam kalangan warga kolej.

Misi:

  • Memasyarakatkan BADAR
  • Memasyarakatkan agenda dakwah
  • Membudayakan penghayatan ilmu