Figure 1. Registration Counter & Crew
The Haunted House yang berlangsung di gelanggang sepak takraw pada 20 hingga 22 Februari 2020 telah dijalankan oleh Kelab Keusahawanan Kolej 9 & 10 dengan kolaborasi dari FUNFEST ’19 untuk memperoleh penjanaan dari aktiviti yang dapat menarik minat penduduk kolej. Ini juga dapat memberi pengalaman menguruskan satu program dan menanam sifat kerjasama antara satu sama lain.

Sebelum program, ahli Kelab Keusahawanan telah berbincang untuk mengadakan ‘The Haunted House’ yang telah diadakan pada FUNFEST ’18 yang lepas. Mereka meraih kutipan yang agak lumayan jadi mereka memilih untuk melakukannya semula untuk FUNFEST ’19.

Mereka menyewa khemah dan menyediakan segala keperluan sebelum hari kejadian. ‘The Haunted House’ beroperasi sekitar jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 12 pagi.

Pelajar Kolej 9 & 10 memberikan galakan dan menunjukkan minat pada ‘The Haunted House’ ini kerana banyak pelajar yang berani mencabar diri untuk menguji keberanian mereka. Kelab Keusahawanan melakukan ‘The Haunted House’ dengan penuh teliti. Dari dekorasi hingga ke solekan pelakon.

Secara keseluruhan, semua ahli kelab telah memberikan komitmen yang baik, sekaligus menjayakan ‘The Haunted House’ ini. Kelab Keusahawan juga berjaya menambah sedikit pendapatan yang boleh digunakan untuk program dan aktiviti akan datang.

Figure 2. Actors for day 1
Figure 3. Actors for day 2