Sukan rakyat bermula pada 22 Februari 2020 dan merupakan antara program yang mendapat sambutan yang banyak dari warga kolej dan juga pelajar dari kolej-kolej jiran.
Permainan yang dipertandingkan ialah bola sepak kampung, lari dalam guni, boling kelapa, galah panjang dan baling selipar. Sukan-sukan tradisional ini sudah lama tidak dipertandingkan, ini juga selaras dengan tema FUNFEST ’19 yang berkonsepkan tradisional.
Program dimulakan dengan lari dalam guni dan baling selipar. Pada sesi seterusnya, bola sepak kampung, boling kelapa dan galah panjang dipertandingkan. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai juara dan dihadiahkan hamper untuk ahli kumpulan.
Pada hari kejadian, terdapat banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi pada peserta Sukan Rakyat
Kesimpulannya, berharap dengan pelaksanaan program seperti ini, ia akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam kerja berpasukan, merapatkan lagi hubungan di antara semua pihak dan sifat tanggungjawab setiap daripada individu dalam melaksanakan sesuatu program. Ia akan dapat membantu setiap individu untuk lebih mahir dalam menguruskan sesuatu program dengan lebih baik pada masa ke semasa. Semua pihak perlu memainkan peranan penting supaya pelaksanaan program berjalan dengan lancar dan baik.