‘Spiritual Night’ ini telah dianjurkan oleh Kelab BADAR Kolej 9 & 10 pada 20 Februari 2020 di pentas utama FUNFEST ’19 dengan tujuan meraikan kehadiran anak-anak yatim dan mengeratka hubungan antara anak yatim, pelajar dan pensyarah.
‘Pelajar Muslim yang Cemerlang’ merupakan tajuk yang dipilih untuk ‘Spiritual Night’ ini dengan menjemput Ustaz Mohamad Firdaus bin Pazim iaitu merupakan pegawai dari pusat Islam UTM.
Upacara dimulakan pada jam 8.30 malam di pentas utama yang bertempat di gelanggang bola jaring. Seterusnya, majlis mengumumkan ketibaan pengetua kolej dan dif-dif kehormat serta VIP. Majlis diteruskan lagi dengan ceramah agama dan ucapan dari pengetua Kolej 9 & 10. Pada jam 9.00 malam, kami menerima kedatangan dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam dan diteruskan dengan makan bersama anak-anak yatim.
Sementara tetamu menikmati sajian, mereka dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Aariz iaitu merupakan pelajar dari Kolej 10. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderamata kepada pihak pengurusan anak yatim dan ceramah jemputan kita dan nyanyian lagu ‘Keunggulan Terbilang’.
‘Spiritual Night’ ini merupakan satu program yang memberi manfaat kepada para pendengar dan satu wadah untuk memperingati pelajar tentang tujuan mereka dalam universiti ini. Program ini mendapat sambutan oleh penduduk Kolej 9 & 10.