Program larian yang mereka anjurkan ini adalah bertemakan warna dan mereka menggunakan serbuk warna dan colour smoke bomb bagi menarik minat orang ramai. Program ini telah mendapat sambutan dari ramai orang kerana tema yang telah dipilih oleh mereka dan pengunaan colour smoke bomb yang merupakan trend marathon pada masa ini.
Program ini telah membuka peluang kepada ahli kelab dan para peserta untuk lebih peka pada objektif kelab mereka iaitu membuka ruang pada insan yang memerlukan sambil memperoleh pengalaman dengan masyarakat. Penglibatan mereka juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah manakala para peserta larian pula dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal mereka apabila bergiat aktif dalam aktiviti seperti ini.
Smoky Colour Run telah dirasmikan oleh Encik Abdullah bin Ibrahim iaitu pembantu pengasas Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Johor Bahru sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang sudi membuat kolaborasi bersama Kelab Kesukarelawan Kolej 9&10 bagi menjayakan program ini.
Smoky Colour Run ini merupakan salah satu program yang berjaya kerana jumlah peserta mereka yang seramai 350 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UTM Johor Bahru, orang kurang upaya dan orang awam. Program ini telah diusahakan oleh krew yang ramai dari Kelab Kesukarelawan Kolej 9&10 sendiri.
Program bermula pada pukul 4.30 petang iaitu ketibaan para krew untuk persediaan tempat dan seterusnya sesi pendaftaran peserta bermula pada pukul 7.30 malam. Pada jam 8.15 malam, upacara diteruskan dengan sesi panaskan badan iaitu acara senam robik dari pelajar pendidikan sains sukan. Pada 8.30 malam, pelepasan larian untuk peserta 5KM dan tamat pada pukul 9.30 malam dan peserta dibenarkan untuk bermain colour smoke bomb di kawasan lapang. Majlis penutup bermula pada pukul 10.00 malam dan perasmian program. Program tamat dengan jayanya pada pukul 11.00 malam.
Program ini berjaya mewujudkan ikatan perpaduan antara mahasiswa, mahasiswi dan masyarakat sekeliling dan berjaya mengumpul dana untuk kegunaan program seterusnya. Smoky Colour Run telah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Kelab Kesukarelawan Kolej 9&10.