Figure 1. Painting Mural Activities
Program ini adalah program di bawah anjuran Kelab Kesukarelawan Kolej 9 & 10. Tarikh program ialah 21 Februari 2020 dan dilakukan di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas Baru. Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada pelajar Kolej 9 & 10 terutamanya ahli Kelab Kesukarelawan untuk terlibat dengan aktiviti yang selaras dengan tujuan kelab. Kelab ini menganjurkan program ini untuk memupuk semangat kesukarelawanan di dalam kehidupan pelajar dan secara tidak langsung dapat membantu dalam pencapaian akademik. Selain itu, program ini membantu para ahli Kelab Kesukarelawan membina hubungan yang lebih erat dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan serta mendedahkan kepada mereka persekitaran yang baharu. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar terhadap peranan mereka dan tanggungjawab kepada masyarakat. Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala dan cara pelaksanaan sesuatu program.

Program bermula pada pukul 9 pagi dengan menari lagu ‘baby shark’ dan ‘chicken dance’ bersama orang-orang tua untuk merenggangkan otot-otot dan kelancaran darah.

Pada 9.15 pagi bermula permainan kotak beracun dan sesi beramah mesra antara pelajar dan juga orang-orang tua di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Kemudian, aktiviti melukis mural bermula.

Ahli Kelab Kesukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menyanyi ‘Chan Mali Chan’ dan ‘Rasa Sayang’ dan beramah mesra dengan orang-orang tua. Selebihnya, melakukan aktiviti mewarna mural untuk menghiasi pusat jagaan itu.

Pada 11.30 pagi, majlis penutup bermula dan di situ jugalah mereka merakamkan detik-detik indah bersama-sama dan melakukan sesi bergambar dan penyampaian penghargaan kepada pihak yang berkenaan.

Program ini merupakan salah satu program yang berjaya dan menjadi salah satu program yang sangat bermanfaat dan memberi banyak faedah buat para pelajar terutamanya ahli Kelab Kesukarelawan Kolej 9 & 10.

Figure 2. Dancing Activities with Old Folks
Figure 3. Photo Session with Old Folks