
Kelab Inovasi (KI) merupakan salah satu kelab kolej 9&10 yang aktif menjalankan program bagi menaikkan nama kolej. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah dipimpin oleh Mohammad Nur Ariffin Bin Yusoff dan dibimbing oleh Dr. Fasiha Yusof. Antara objektif penubuhan kelab ini adalah memastikan semua pelajar kolej 9&10 dan masyarakat luar mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kini pada sesi 2019/2020 Kelab Inovasi dipimpin oleh saudara Tengku Mohamad Khairul Anwar Bin Tengku Azam Shah dan dibawah penyeliaan Biro Keusahawanan & Inovasi JKM Kolej 9&10 dan bimbingan Felow Pn. Biha.